Assalamualaikum..mohon hide profile aku min. aku salah sorg top fan dalam krt ni,😂aku nk cite kisah hidup aku yang lalu .Aku dah kawen dekat 2 tahun dah min. 2017 sehari sebelum puasa. aku bersyukur dapat kawen dengan orang yang boleh berubat orang. kira orang gelar dia ustaz dan keluarga juga saudara aku hormat dia. aku jumpa dan bercinta dengan dia selepas dia baru bercerai, kira dalam tempoh idah dorang la.. Aku bukan perampas laki orang ye !!jangan suka hati cakp aku vavi sondol..! masa mula mula kawen ,aku takde gangguan dari bekas bini dia, kami baik n bahagia je, takde langsung pon gaduh ape2. Aku layan dia pon baik sebab aku berazam nak jadi isteri solehah.
Makan minum dia ,aku jaga. Tapi lepas kantoi suami aku tipu aku, kepercayaan aku terus hilang pada dia. kisahnya masa tu sehari sebelum raya dia cakap kene kerja dekat kl pada hari raya1 dan ke2, aku yang banggng ni pon percaya yang laki kene duty raya tahun tu. hari raya pertama, makcik aku tanya mana laki aku dan aku ceritakan hal sebenarnya tapi makcik aku bising kata dia mane ade pejabat pos bukak time raya ni. semua tutup. Selidik dan tanya besan dia yang juga keje pejabat pos sama dengan laki aku, sah memang laki aku tipu aku. Aku call berkali kali untuk kepastian tapi dia tak jawap, aku jd tak keruan dan terlalu sedih sampai hati laki aku tipu aku dibulan yg mulia.
Aku berdoa mitak pada Allah bagi aku petunjuk, dan akhirnya dia sendiri mengaku dia pergi beraya kampung janda dia. Sedih aku min. dahla baru kawen pastu blh pulak dia tinggal aku beraya dengan keluarga aku pada thun prtama kawen kami. sedangkan dia sedap pergi beraya kampung janda dia. Lepas smpai terminal, pandai pulak dia suruh aku amik dia dan merayu mitak tolong aku amik dia n janji tak buat lagi. macam macam la ayat banggng dia kuar nak pujuk aku .tapi aku pon banggng jugak boleh tercair pujukan dia sebab hati aku terlalu sayangkan dia.
Kalau ikut sakit hati, nak pergi cari jantan lain je tapi aku masih waras pikir Allah n dose sebab aku masih lagi isteri dia. selang beberapa hari lepas laki aku balik. janda dia tetibe call aku. mesej aku. mitak maaf sebab pergi beraya dengan laki aku n dia cakap taktahu laki aku dah kawen. Dia mesej bagitahu laki aku gile talak kat dia dan selalu ganggu dia kat tempat kerja, tapi aku malas layan sebab aku nak berbincang dengan suami aku dulu tp dia buat aku hilang sabar bila aku tak bagi respon kat dia,dia maki hamun aku carut macam macam dan cakap aku tak pandai jaga laki ,laki aku geli nak bersama aku n aku mengandung anak luar nikah mcm2 la dia maki aku, zampai aku rasa terlalu tertekan dan alami keguguran.
Aku tak tahu apa mslh dia tak puas hati dengan aku ,bukan aku ambik laki dia pon. kemudian dia hantar video suara laki aku pujuk dia bukti laki aku gila kat dia hati aku ni kecewa sangat min tapi Allah masih panjangkan jodoh kami smpi sekarang ni. Janda dia pon tak ganggu aku dah sekarang tapi aku fobia min , aku rasa dorang masih jumpe senyap belakang aku. aku pon dah hilang kepercayaan pada laki aku dan aku selalu bergaduh sebab aku selalu ungkit kisah lama dia dengan janda dia.
Dia pon dah mintak maaf kat aku ,dan nafkah aku dia tak pernah abai..masalah aku skrg macamana aku nak buang rasa sakit hati dan melupakan ape laki aku tipu aku dulu ,sebab aku masih teringat teringat dan Aku selalu rasa curiga pada pada laki aku. aku pon rasa takut kalau kalau dia berlaku curang lagi dan gila janda dia lagi. buat pengetahuan korang. Janda dia tua 9 tahun dari laki aku dan aku muda 12 tahun dari laki aku..