Salam semua warga Bawang Se-Malaysia dan rantau Asia. Hai min min kesayangan akak.. Akak ke mari bukan nak cerita pasal kisah akak lagi, sebab kisah akak dah jadi “sejarah” Cuma akak terpanggil untuk mengulas sebagai ahli tidak berdaftar Bawang Se-Malaysia, bahawasanya, PERAMPAS SUAMI ORANG ADALAH PALING KEJI apabila bajet suci.
Kes 1. Perampas laki orang bajet suci, teraniaya kerana suami “tersedar” yang dia dah bersalah melukakan hati isteri pertama. Sebagai perampas, apa kau patut buat? Bersederhanalah. Sebab kau pun ambil hak orang. Jangan gunakan anak sebagai “pancing” untuk melukakan hati isteri pertama. Lambat laun suami pun nampak kau tengah “racun” dia.
Tak malu ke ambil laki orang lepas tu kau maki bini pertama, perlekehkan dia yang takde rezeki untuk beranak lagi.
Lepas tu kau meroyan sebab suami kau marah kau maki bini pertama dia…
Kau nak suami tinggalkan isteri pertama dia dan lebihkan kau sebab kau dah menambah waris suami. Wow….Kau ambil hak orang, kau hina dia. Tolong bawak kepala otak pegi bengkel..buat allignment!
Kes 2.
Kacau laki orang lepas tu permainkan. Bangga buat collection “Kekasih-Kekasihku Suami Orang” Lagi sedih bila si suami orang tu pulak memang dah terhegeh jatuh chinta pandang kedua dengan perampas laki orang sampai lupa anak bini. Tapi bila laki orang ni nak serius dengan si perampas, perampas main tarik tali. Kes ni akak banyak jumpa. Yang perampas tu kaki kikis, kaki kacau rumahtangga orang…bila kantoi dimaki hamun isteri orang tu.. cakap tak pandai jaga laki..senang je dia petik! Woww.
Akak tengok muka kau macam rumah batu tak siap. Berani kau kata senang je kau petik? Kau petik pun laki hamlau saja. Akak nak tgk la kau petik laki kaya raya macam duda Nora Danish/Fasha Sandha ke. Kau tak yakin kan? Akak dah agak.
Satu lagi kes..ni paling akak rasa kenapalah jantan aka laki orang ni bebal sangat? Kau kena ayat sikit dengan betina murahan dalam social media, dah ketar lutut. Dah terasa di awang-awangan. Kau ajak betina tu dating, tapi macam-macam alasan dia bagi. Bercintalah di FB saja. Bermaksi@t di telefon. Kau fikir dialah sebenarnya pilihan kau.
Tapi sebenarnya dia cuma scammer! Scam hati kau sampai kau lupa anak bini. Lepas tu tinggalkan kau. Kau pulak bini dah tuntut fasakh kat mahkamah. Kerana ke0odohan kau memilih sampah, kau buang permata yang kau gilap sejak bertahun dulu. Bro, kalau nak berbini muda sangat..pikir masak-masak. Berpoligami bukan mudah. Salah perancangan, berdosa kau pada isteri isteri dan anak-anak!
Kes 3. “Cuma menumpang kasih”
Bila laki orang tu ceraikan bini pertama, kau lah paling kuat bersorak! Seronok dapat naik takhta pertama!
Mulanya kata nak tumpang kasih, tapi bila kasih pertama nak dileraikan kenapa tak halang? Sebab tak sabar nak peluk laki 24/7? Tak sabar nak raya sesama sambil post status Isteri Terbahagia di fb?
Akak tak kecam isteri kedua, ketiga atau keempat YANG MENDAPAT IZIN DARIPADA ISTERI TUA.
Akak tak kecam bini-bini muda yang “sedar diri”. Akak kecam perampas laki orang yang tak sedar diri, selalu bajet suci, konon sudah dibod0hkan opsss dijodohkan maka terimalah takdir kemudian membuat onar di rumahtangga isteri tua. Akak kecam perampas laki orang yang menjadikan aktiviti menyundal dengan laki orang sebagai hobi. Lepas kantoi, lari sembunyi sambil ketawa…”satu lagi rumahtangga telah ku musnahkan”
Kau bangga menjadi setan bertopengkan manusia Kau bangga laki orang senang kau goda dan kau musnahkan setelah sebuah rumahtangga hancur dek kerana kau, kau mencari mangsa baru. Kau tabur cerita-cerita palsu, supaya mudah si suami orang bersimpati.. Ketahuilah wahai perempuan durjana, apa kau buat kepada orang lain..akan kau dapat semula. Jangan salah main api, takut terbakar diri sendiri. Akak pesan je!
Akak harap perampas laki orang ni jangan terlalu bangga sangat. Turun sikit hidung filter camera360 tu. Mendongak macam dunia ni selamanya..Kalau cantik natural takpa la…ni muka pecah rumah! Perangai jibauk pulak! Eh emosi akak!!! Thanks mimin!