Assalammualaikum wbt admin…. Salam Ramadhan AlQareem kepada sidang pembaca KRT, Saya perlukan pandangan dan pendapat yang bernas atau TEGURAN yang membina.. Kronologi Alam Perkahwinan Saya.
Isteri Pertama.-status bercerai.
Kisahnya sudah berkahwin ketika usia masih muda serta dikurniakan 2 orang cahaya mata yang kini sudah pun berusia belasan tahun. Punca bercerai kerana isteri suka berjalan kerumah jiran² dan suka mendengar cerita orang bahawa saya ada perempuan lain. Sedangkan perkara yang sebenar telah pun diberi tahu dan nasihat serta bukti bahawa saya tidak bersalah sehingga pihak isteri keluarkan perkataan yang tidak sewajarnya keluar dari mulut seorang isteri di hadapan ibu saya. Akhirnya kerana tidak mampu untuk menerima dan ibu saya sendiri berasa hati dengan perkataan tersebut keputusan untuk bercerai dibuat.
Isteri kedua.
Seorang yang mempunyai kerjaya yang baik. Tetapi tidak boleh menerima anak² saya seadanya serta berlaku nusyus kerana meninggalkan tempat tidur tidur berminggu² kerana pulang kerumah ibunya setelah kematian bapanya. Sampaikan keluar rumah tanpa meninggalkan pesan kepada ibu saya dan berlalu pergi begitu sahaja. Permohonan cerai dibuat dan bercerai.
Isteri ketiga.
Seorang anak tunggal yang indipendant . Tetapi suka bercerita masalah kerja dari mula kenal sampai dah kahwin dan setiap hari bercerita masalah ditempat kerja. Kadang kala nampak macam tak bersyukur pun ada juga. Adakala nampak macam diri sendiri betul pun ye jugak. Saya layankan dan tetap beri nasihat yang baik² untuk diri dia dan keluarga. Sampai la satu tahap saya terpaksa kerja luar kerana tugas saya bukan la setempat sahaja atau waktu kerja saya cuma normal 8am-5pm. Adakala terpaksa outstation. Gaji pun tak la besar mana tetapi kerana tsnggungjawab saya besar diatas tuntutan kerja.
Sehinggalah pada satu hari ketika itu saya berada diluar kawasan tibe² dia call saya dan minta saya melepaskan dirinya kerana ada pihak yang mengaku bahawa kenal saya serta memburuk burukan saya tanpa ada bukti yang kukuh bahawa perkenalan itu dibawah simbol perkahwinan. Sehingga lah dia cop saya seorang penipu kononya sebelum kenal dia saya ada orang lain. Dan tidak berterus terang. Sedangkan saya dah pernah bagitahu ketika kami berbulan madu. Akhirnya ketika saya pulang dari tugasan luar pakaian saya sudah di letakkan didalam beg dan diletakkan diluar bilik. Bercerailah kami dengan cara “fast trek”.
Pelbagai hinaan dan tomohan dilemparkan kpd saya dan keluarga saya kononya saya buruk sangat la. Tetapi sejujurnya saya hanya berdiam diri dan tidak menjawap langsung sehingga ke hari ini sudah bertahun pun bercerai bekas isteri masih bercerita dan upload status berbentuk sindirian kepada saya dan anak² serta keluarga. Kalau ikutkan panjang lah kisahnya dengan isteri ke -3 ni. Tetapi memandangkan saya tak gemar nak bercerita buruk orang lain, saya rasa tak perlu lah saya ceritakn.
Bakal isteri ke-4
Kami Sedang dalam proses kenal hati budi Tetapi saya tidak pernah bercerita perihal bekas² isteri saya padanya kerana Saya cukup jaga aib orang walaupun saya terpaksa menjalani keperitan. Tak pe la mungkin ada hikmah disebalik kekuatan yang tuhan berikan kepada saya.
1) Apa pandangan sidang pembaca sekalian Adakah perlu saya meneruskan perkahwinan ke-4 saya ?
2) Perlukah saya terus berdiam diri keatas apa yang telah dilakukan oleh bekas isteri saya?
3) atau ada nasihat lain dari sidang pembaca semua. Terima Kasih.




