Assalam min saya mintak tolong hide profile saya. Ni bukanlah masalah rumah tangga tapi ini masalah kak ipar saya yang pemalas. Sangat-sangat pemalas! Abang saya dah kawin dan telah dikurniakan dua orang zuriat laki dan perempuan. Perempuan umurnya 2 tahun lebih dan laki 4 bulan. Kak ipar saya keja kedai makan dan suami tidak bekerja Saya kesian min tengok mak saya hari2 mengasuh anak diorang. Kak ipar saya keja pukul 6pm balik pulak pkul 2am jadi mak saya ja min yang mengasuh anak dia. Suami dia bila malam jaa mesti keluar lepak dan tinggalkan anak2 untuk mak saya jagakan. Yang lagi teruk min. Kak ipar dan abang saya pukul 6 pukul 7am baru tidur dah laa tak solat. Bila pagi2 jaa anak diorang bangun mak saya lah jadi mangsa untuk jaga anak diorang. Kerja rumah mak saya semua yang uruskan min. Kak ipar saya buat rumah tu seolah2 macam hotel. Kalau nak basuh baju pulak. Dia akan ambik sebakul baju dan letak depan mesin dan biarkan mak saya yang basuh. Saya kesian min tengok mak saya. Yela memang mak saya tak ade cakap pape tapi saya tahu jauh di sudut hti dia. Dia sedih anak menantu buat dia macam tu. Saya ni min msih sutdy.
Saya kalau boleh nanti dah keje saya nak bawak mak saya tinggal dengan saya. Apa nak jadi pun jadi lah nak naik turun mahkamah pun tak apa dari saya tengok mak saya tak ubah macam ora g gaji dalam rumah tu. Mana pergi perasaan kesian kat orang pun tak tahu lah min. Mak saya dah tua dah umur 60 lebih tak kan diorang tak boleh fikir logik. Kak ipar saya min muka ja cantik. Memang cantik orangnya min. Tapi perangai Nauzubillah memang teruk. Mak sayaa tahu jugak penat tahu jugak letih tapi diorang tak faham min. Saya sdih saya ksian sangat min diorang buat macam tu kat mak saya. Rumah tu kalau mak saya tak kemaskan. Berteraburlaa barang2 kalau mak saya tak masak tak makan laa diorang min. Selama ni mak saya diam je bile kena jaga anak2. Ni laa bila terlalu bagi muka sangat dekat menantu macam ni laa jadinya.. Ingat nak senangkan mak tapi lagi menyusahkan mak lagi adelah. Kak ipar saya cakap tahun depan nak lagi sorang anak. Allah min saya tak tahulah macam mana keadaan mak saya nanti saya tak snggup min nak tengok mak saya penat sebab jaga cucu.
Saya sedih min. Nak ja saya marah dua orang tak guna tu tapi saya adik min. Saya tak ada kuasa untuk tegur diorang. Macam mana nak buat ya min. Saya tak sanggup dah nak tngok mak saya jadi kuli diorang. Tanggungjawab isteri sepatutnya menjaga kebajikan suami ni tak mak saya pulak yang jaga kebajikan diorang. Diorang memang tak ade langsung rasa tanggungjawab terhadap mak diorang. Bagi duit pun tidak. Kak ipar sayaa dah laa orang asing dalam rumah tu. Orang asing tetap orang asing. Terima kasih min sebab sudi dengar cerita sayaa