Assalamualaikum wbt warga KRT. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Harinie saya nak luah sikit apa yang terbuku dihati. Sebelum nie saya asyik tengok orang post je kan? Okay. Macam nie cerita dia. Suami saya ada 4 beradik semuanya. Kakak dia yang sulung dan dia yang last kalau ikutkan 1 mak 1 bapak. Lagi 2 orang adik dia tu adik tiri. 1 mak lain bapak. Dia sorang je lelaki yang lain semua perempuan. Buat pengetahuan, dulu mak and bapak suami nie bercerai, so kakak suami and suami mak dia bagi orang jaga. Suami nie kira orang susah lah. Kak dia pun sama. Tak tahulah nak cerita macam mana. Kisah belah suami nie complicated sangat. Okay. Saya pendekkan cerita.
Mertua:
Dulu sebelum kakak ipar saya bersalin, dia bukan main tatang lagi anak saya, tatang sungguh, kononnya cucu kesayangan, beli itu ini, lepas kakak ipar saya bersalin anak lelaki, anak saya yang nie terus dia buat macam orang luar, sampai sekarang, tanya khabar pun tak. Oh ya, anak saya lelaki baru 10 bulan. Saya bersalin dulu dari kakak ipar saya, kiranya langkah bendul. Barang apa yang dia beli dulu dekat anak saya, dia ambil balik bagi dekat cucu dia yang baru lahir. Sebab dulu saya duduk dengan dia atas pujukan suami. Tapi sekarang saya balik duduk dengan mak saya, suami saya yang suruh sebab dia pun terasa hati dengan mak dia. Lagi satu mak mertua saya nie mengongkong gila. Adakah dia boleh marah saya, sebab suami saya bawak saya dan anak pergi jalan², lepas tu tiap kali saya keluar berdua dengan suami saya, dia mengata? Halal kot. Yang anak perempuan dia (adik ipar saya) keluar dengan bukan mahram bertepuk tampar depan dia, boleh pulak dia seronok melayan, tak faham saya. Haram kot. Menghalalkan yang haram. Mengharamkan yang halal. Meroyan agaknya. Hehehe. Sebab suami saya tak sesenang menantu lelaki dia yang lagi 1.
Menantu lelaki dia kaya, ada kereta, boleh bawak dia pergi jalan². Suami saya pulak ada motor je, tu pun atas nama saya. Suami saya sejak lahir memang tak duduk dengan mak dia, orang lain jaga. Bila dah besar, baru suami saya jumpa mak dia. Tu pun mak dia macam tak suka suami saya datang jumpa dia. Yela, mana pandang orang susah, takda kelas. Dia pun selalu pandang hina saya sebab belajar tinggi tapi tak kerja.
Kakak ipar:
Dia kahwin dengan orang senang, yang ada kereta. Dan dia pandang saya hina sangat² sampaikan tiap kali berjumpa, dia tak pandang pun muka saya apatah lagi tegur. Dia buat macam dia tak kenal saya dan anggap saya macam orang luar. Dia selalu perli saya sebab selalu naik motor pergi sana sini. Takda kelas.
Tapi Alhamdulillah. Sekarang hidup saya dan keluarga dah senang. Saya sekarang berkerja di pejabat peguam sebagai kerani. Kadang saya selalu post tentang kejayaan saya dekat status whatsap depa pulak baca, lepas tu depa dok menyindir saya dok kata senang² nak pi mana, tambah² kak dia. Kak dia memang tak boleh tengok saya lebih dari dia. Dia dengki walaupun hidup dia dah senang. Tulah manusia kan?
Apapun tak semua mertua dan ipar duai kejam dan jahat. Yang dapat yang bagus tu, Alhamdulillah sangat. Yang dapat yang sebaliknya, bertabahlah. Kita hidup dengan suami kita, bukan dengan mertua dan ipar duai. Pesan saya jangan sesekali duduk dengan mertua atau family sendiri. Binalah kehidupan sendiri. Kalau suami tak faham, pujuk dan berdoalah supaya suami lembut hati untuk bina kehidupan sendiri.
Start bulan 12 saya keluar dari rumah mertua sampai sekarang, saya tak pernah balik rumah dia. Sebab saya terasa hati sangat. Suami selalu pujuk balik, saya tak mau. Selalu dia balik sorang sebab tu mak dia dan saya tak nak dia jadi anak derhaka.
Last sekali, doakan saya dapat beli kereta walaupun secondhand (setakat tu je yang saya mampu) dan dapat sewa rumah walaupun tak mampu beli (teringin nak bina dan hidup sendiri).




