Asalamualaikum admin dan warga krt.. aku bersaudara seramai 5 org. Mak ayah aku miskin, apa aku nak semua tak dpt. Apa aku nak makan semua tak mampu.. aku masih muda. Baru 19 tahun, sebab spm aku teruk sgt. Aku tak layak dapat apa2 kerja.. Kadang2 aku benci mak ayah, aku menyesal dan sakit hati. Kenapa aku dilahirkan oleh mereka? Kenapa aku bukan di lahirkan oleh orang kaya? Yang boleh berikan apa aku mahu.. aku benci kehidupan ini..
Suatu hari, aku dah tak tahan, aku lari, cari kehidupan sendiri , aku cari kerja di bandar. Tp aku tak layak sebab keputsan spm aku semua G .. aku tak ada mood nak belajar masa tu. Sebab benci dengan kehidupan yang serba kurang… di bandar aku jumpa seorang kawan aku, dia nampak mewah.. aku nak jadi macam dia, dia ajak aku kerja sama dia.. ya memang aku mau… aku tanya dia kerja kat mana? Dia cakap kerja jadi pelayan.. aku memang nak. Yang penting ada duit…
Kawan bawa aku tingal dirumahnya.. aku setuju dan keesokannya. Aku ikut kawan ke tempat kerja. Rupanya kawan aku kerja di pub.. demi kemewahan yang aku cari, aku sangup jadi pelayan.. pengalaman aku kerja disana, ramai yg lelaki yang mahu dengan aku. Sebab aku memang cantik putih dan tinggi.. aku layan semua mereka tapi hanya sekadar di pub sahaja..
Gaji bulan pertama aku terima rm 2k. Aku gembira sangat dengan gaji tu. Pertama kali aku pegang duit yang banyak, aku belanja macam2. Aku belanja kawan aku makan. Sebagai ucap terima kasih sebab dia tolong aku.. hari2 semakin hari. Aku makin gila kemewahan.. bila ada lelaki2 kaya, aku goda mereka, untuk dapatkan duit.. pernah sekali aku terjumpa lelaki berpangkat dato, aku goda dia, dia layan aku. Beri aku wang, tp aku rasa wang yang dia beri tak cukup..
Dia ajak bersama, demi wang aku sanggup gadaikan maruah, aku tak cintakan dia. Tp duit dia banyak.. hidup aku akan berubah jika bersama dia. Aku tak peduli jika dia ada isteri, aku tak nak pun dia sebba dah tua. Aku hanya nak duit dia.. aku ajak dia kawin..tp dia macam tak mahu. Dia hanya nak bersuka ria.. jadi aku terpaksa buat aku mengandung anak dia, Alhamdulillah aku hamil anak dia.. tapi apa? Dia suruh aku gugurkan.. sampai hati dia layan aku macam tu..
Aku suruh dia kawin dengan aku.. tapi dia xnak. Aku pergi bongkar semua pada isteri dia tentang kandungan aku.. dia tak mengaku, katanya dia tak kenal aku, dan isterinya siasat dia tau aku kerja dimana. Dan isterinya tak percaya kalau ni anak suaminya Dia hina aku dia cakap aku pelacr Allahuakbar.. aku di campak sepertu sampah. Dalam keadaan aku mengandung dia buat macam tu..
Aku tak tahu nak buat apa.. aku balik rumah dan mengadu pada kawan aku, kawan aku beri semangat pada aku. Dan kawan aku ajak aku jumpa bomoh.. Alhamdulillah lepas jumpa bomoh, sekarang dia terkejar2 dengan aku.. isteri dia menentang namun dia tetap memilih aku.. sekarang kami sangat bahagia, dia berikan apa sahaja apa yang aku mahu. Sedangkan isterinya dicampak seperti sampah… doakan kebahagiaan kami dan dan doakan anak kami yang bakal lahir nanti..




