Salam,admin.Tolong hide profile saya.saya berumur akhir 30an dan suami saya akan berumur 40 thn tak lama lagi. tahun ni hampir 10 tahun pkahwinan kita orang ada 1 anak perempuan 4 tahun lebih, selepas menunggu hampir 5 tahun. Beberapa bulan sebelum saya mengandung, suami saya ada affair dengan perempuan lain. semuanya terbongkar bila kandungan saya 8 bulan, saya tergerak hati untuk membaca email fb dia dan whatapps dia. hancur hati saya masa tu. orang lain mgandung anak pertama selepas bertahun menunggu akan rasai pgalaman yang sgt mgembirakan tapi sebaliknya untuk saya.
saya tak marah kalau dia nak kawin 2 sebab saya tau dia mampu, tapi saya rasa marah sebab dia tipu saya. Saya berdepan dengan dia tanya pasal perkara tu. mula2 dia tak nak menggaku tapi bila saya sebut nama perempuan tu, akhirnya dia mengaku.
Lagi hancur hati saya bila dapat tau yang dia orang dah banyak kali terlanjur. Saya izinkan dia kawin dengan perempuan tu, tapi dia yang tak nak atas alasan dia tak mampu adil dari segi masa dan layanan kalau dia kawin 2. Ingatkn perkara tu berakhir kt situ, hati saya bertambah hancur bila saya dapat tau diaorang terlanjur lagi pada ptemuan terakhir dia orang, iaitu beberapa hari sebelum saya lahirkan anak saya di kampung saya. Saya dapat tau semasa saya berpantang, meroyan saya masa tu smpi penah terlintas untuk cederakan anak sebab ketidakstabilan emosi saya masa tu. nasib mak saya offer tolong jaga anak saya sampi umur dia hampir setahun di kampung. Sejak tu, saya agak dingin dengan suami sebab dah kianati kepercayaan saya. saya jaga aib dia depan keluarga dia sebab tak nak adik beradik dia hilang hormat kat dia sebagai abang sulung. dia bjanji nak berubah.
Setelah hampir 4 tahun lebih perkara tu berlalu, atas nasihat kawan rapat saya, saya cuba untuk lembutu kan hati saya untuk terima dia blik.Tapi, bila saya dah berlembut hati untuk pupuk blik perasaan sayang tu, saya dapat kesan lagi yang dia ada berkenalan dengan perempuan lain lagi. Malah perbualan dia orang macam sepasang kekasih, ade ayat rindu ayat suka. Saya dah tak tau nak fikir ape.Tolong jangan kecam saya.I need advice dan kata2 motivasi dari netizen.Terima kasih admin.