Salam admin tolong siarkan kisah saya ni, saya pun tak berapa nak tahu macam mana nak mulakan crita tapi sebenarnya saya ada masalah overthinking dengan perkara yang berlaku di sekeliling saya. lebih2 lagii saya tingal dengan mertua di kampung. satu rumah tu ada 5 buah keluarga tinggal termasuk la saya dengan anak2 saya. Tapii min tiada satu pun isteri yang suka tinggal dengan mertua lebih2 lagii soal keselesaan. Mertua saya tu suka cari kesalahan menantu dia tapi salah anak2 lelaki dia dengan anak2 perempuan dia tak tonjolkan pula.
Habis satu kampung dia cerita pasal keburukan menantu dia tapi dia tak sedar perangai anak2 yang dia lain tu macam mana dia tak sedar dia seorang yang menjaga solat 5 waktu tapi dia tak jaga pertuturan dia. Biras saya tu min dia pun tertekan sangat tinggal dalam rumah tu sebab semua apa dia nak buat ada je mertua ceritakn kat jiran2, tapi anak darra dia sorang tu dia tak tegur pula kalau tak mengemas rumah tak cuci pinggan tak memasak asyik2 menantu je yang kena.
Memang letih la min nak hadap sikap mertua macam ni..
Itu belum masuk lagi part lain2 kalau antara menantu dia nak pegi ke pekan atau ke kedai tapi tak bawa anak sebab nak cepat kan nak beli barang kalau bawa anak takut pula tak terjaga atau tak selesa beli barsng, baru bagi tinggl kejap bila anak tu meragam kat rumah mula la mertua tu bising lepas tu mengata macam2, seolah2 dia tak ikhlas nak tolong jaga cucu dia sendiri min. tapi kalau anak perempuan dia pula bagi tinggal anak kat rumah pastu pegi keluar lama2 dia tak plak bising min.
Budak tu nangis smpai cari2 ibu dia pun mertua tu tak pla suru sibuk kmi call anak dia suru cpt balik. Sil saya tu pun lebih kurng sama juga ngan perangai mertua saya tu suka sangat batu api, suka ckp buruk di belakang tapi bila depan2 min pijak semut pun tk mati.. saya tertekan sgt seolah2 saya dah tak nak balik ke rumah mertua lagii, saya dah uruskan smua pindah skolah anak2 saya kalau boleh saya langsung tknak balik ke sna lagii sebab dah ckup dah hati saya tahan sakit segala perit pahit semua. Stiap hari saya makan hati kalau kat sna min, saya risau mslh overthinking saya ni makin mnjadi2 min.




