Assalamualaikum, admin. Selamat berpuasa untuk semua and selamat menyambut raya yang bakal tiba untuk admin and semua warga krt. Okay, saya akan straight to the point. Saya dan suami sudah berkahwin selama 6tahun. Dikurniakan dua org anak. Suami saya ni taklah kaya, tapi alhamdulillah, makan pakai kami anak beranak memang cukup. Kalau saya mintak belikan makanan apa2, or barang apa2 (pastinya ikut kemampuan dia) suami memang jarang menolak. Masalah di sini ialah, hubungan kami hambar. Dingin je. Suami saya ni jenis tak banyak cakap dengan saya. Kalau ngn org lain elok pulak dia borak. Bila dengan saya, mukanya ketat je, masam. Susah betul nak senyum. Kadang2 bila saya borak dengan dia, susahnya nak respon. Kalau kita tanya apa2, kalau dia rasa malas jawab, dia senyap je. Terkebil2 jela saya kat situ.
Lepas tu kalau saya sakit. Ini paling kecik hati. Bila saya sakit, dia lgsg takpeduli. Lgsg tak tanya okay ke tak, teruk ke tak. Takde. Dia buat tak tahu je. Dia buat2 taknampak je kalau saya sakit. Kalau saya mengadu sakit pun, dia kan buat2 tak dengar. In fact, takpandang pun muka saya bila saya mengadu tu. Ubat pun kalau saya tak mintak, dia takkan belikan. Tapi kalau saya mintak, alhamdulillah, dia tolong belikan jugak. Cuma tu lah. Awal2 kawen dulu je dia concern pasal saya. Sekarang ni saya sakit pun dia memang takpeduli. Memula tu rasa cm takpela. Jgn ambil hati. Tapi bila da bertahun mcm ni, takleh lari dr kecik hati. Kita perempuan memang jenis nakkan perhatian and kasih sayag suami kan. Saya ni kalau marah, suami marah saya balik. Kalau saya merajuk, suami takkan pujuk, tapi dia akan marah jgk n dia pulak yang takkan bercakap ngn saya sampai 2,3hari. Nak pujuk memang jauh sekali. Dah bertahun kot dah tak pernah dipujuk. Boleh saya katakan, yang saya ni isteri yang kurang kasih sayag dan perhatian. Saya dah tak dimanja2, dibelai2 jauh sekali. Sedih.
Saya selalu pendam. Sebab bila saya ajak bincang, mesti gaduh. Suami terlalu ego. Jgn la ditegur apa2 yang tak kena. Memang dia akan marah balik and takkan tegur saya berhari2. Sampai skang, ape pun yang tak puas hati, saya cuma akan diam. Sebab saya taknak bergaduh. Tapi makin lama, makin makan hati. Hampir tawar hati. Kadang2 sampai menyampah tgk muka suami. Saya lg suka bila dia takde kat rumah. Sampai saya kadang2 terfikir, kenapa la saya kawen. Sebab bila saya kawen, rasanya saya lg banyak berdosa sebab terlalu banyak rasa takpuas hati. Saya tahu berdosa pertikai takdir tuhan. Moga Allah ampunkan saya. Bila rasa takpuas hati, rasa hambar, saya pun sekarang da semakin takde hati nak buat kerja sebagai surirumah. Kerja rumah saya buat ala kadar je. Suami pun lebih banyak main game dr melayan anak2. Bila anak2 dekat, kdg2 dia tolak anak2. Sebab kacau dia main game. Anak2 kena marah dengan ayahnya tu memang perkara biasa dah. Sedih bila tgk anak2 tu sebok nk tarik perhatian ayah tapi ayahnya lebih pentingkan game dan phone.
Saya ni surirumah. Kerja rumah memang jarang sangat dia tolong. Itu saya tak kisah. Tapi yang saya kisahkan, dia selalu fikir, saya ni duduk rumah tak penat. Seolah2 surirumah ni cuma goyang kaki kat rumah. Habis makan pakai dia tu siapa yang sediakan? Rumah siapa kemas dan Anak2 siapa yang jaga? Bilik air siapa yang sental? Saya buat semua tu. Tapi memang mindset kebanyakan suami, surirumah duduk rumah cuma goyang kaki. Dia tak tolong takpelah, tapi tak boleh ke hargai apa saya buat? Kadang2 sampai saya terasa hidup saya and anak2 lg bagus tanpa dia. Saya memang surirumah, tapi saya boleh je bekerja and sara anak2 saya sndiri.
Ye, nafkah zahir memang suami sediakan. Alhamdulillah, saya bersyukur untuk itu. Tapi emosi dan perasaan saya mcm mana? Emosi anak2 macam mana? Mesti ada yang cakap, bersyukur la suami sediakan nafkah zahir, bersyukur la suami bkn kaki perempuan. Ye, saya bersyukur untuk itu. Tapi hati dan perasaan perempuan memang dijadikan tuhan mahu disayangi, mahu dimanja dan dikasihi. Mcm mana ye kalau senyum pun suami saya susah nak beri pd saya. Saya nak brterus terang, tapi saya dah jd takut sebab sblm ni kalau nak bincang apa2, mesti suami saya takleh terima and mesti dia akan marah2 dan tak bertegur.
Tapi hati saya memang dah tak happy lagi. Cukup ke perkahwinan tu kalau nafkah yang suami penuhi cuma nafkah zahir tapi nafkah batin (emosi dan perasaan isteri) suami abaikan? Bantu saya warga krt. Apa perlu saya buat. Semasa bulan ramadan ni memang saya selalu ambil kesempatan untuk tahajud dan berdoa untuk perkahwinan ni. Tapi apa lg yang boleh saya buat? Terima kasih warga krt.




