Salam admin.. Mohon postkan ya.. Dan tolong hidekan fb saya.. Terima kasih..
Saya baru berkahwin 3 tahun lebih.. Anak perempuan sorang.. Comel dan bijak sangat2.. Ikut ayah dia agaknya.. Saya ni rupa biasa2 ja.. Kulit pun sawo2 matang gitu.. Manis sikit adela kot.. Suami pulak putih melepak keturunan cina..
Dulu, saya surirumah sepenuh masa Banyak susah kan suami dan tak dapat membantu langsung Suami bekerja sorang…. Keluarga belah suami sanak saudara dia semua langsung tak pandang dan tak berape suka saya.. Layanan pun berat sebelah kalau nak dibandingkan dengan yang lain2..
Mengutuk2 belakang tu perkara biasa.. Tapi, saya tak pernah kisah atau berdendam.. Cuma, saya sentiasa ingat untuk jadikan pengajaran.. Pernah juga, masa kami betul2 tak ada duit nak beli susu untuk anak.. Mintak tolong, tak ade sapa yang nak tolong.. Mengata lagi adalah..walaupun keluarga.. 2 hari juga anak kami minum air kosong saja..
Seorang ibu dan ayah ja yang tahu macam mana perasaan tak dapat beri susu pdaa anak.. Kami buat apa saja partime dan ambil upah buat kerja yang halal asalkan dapat duit belanja.. Banyak lagi kesusahan tapi tak larat nak taip panjang2.
Alhamdulillah.. Hasil partime dapat belikan susu anak lepas tu.. Pengalaman tu saya jadikan pengajaran dan tekad tak nak lagi biarkan anak kami minum air kosong.. Saya mula fikirkan cara untuk berniaga.. Alhamdulillah, Allah berikan saya kelebihan pada masakan.. Saya tiada ibu sejak 10 tahun.. (jadi, adela pengalaman memasak sikit).
Saya buat pelbagai tempahan, saya jual nasi budget dan delivery.. Sehingga saya ada untung dan modal sikit demi sikit.. Saya simpan untuk beli barang2 katering dan modal pusingan.. Kami tak pernah putus asa, tak pernah letak harapan pada manusia atau meminta2 pada manusia.. Sebab kami yakin, Allah sebaik2 pemberi rezeki, sebaik2 penolong.. Sebaik2 pendengar..
Sekarang, alhamdulillah saya fulltime bisnes dalam bidang makanan dan katering walaupun masih di usia 20 an.. Pendapatan pun berganda ganda dari pendapatan suami sebulan.. Suami pula dinaikkan pangkat dan gaji lagi.. Alhamdulillah.. Income kami semakin besar..
Kami tak minta untuk kaya, cukuplah dapat berikan yang terbaik untuk anak dan cukup makan pakai semuanya.. Sekarang kami seronok sangat bila dapat bantu orang yang memerlukan.. Terutama ahli2 keluarga.. Sebab sebaik2 sedekah, adalah bantu ahli keluarga dan orang yang terdekat dahulu..
Paling best, dapat gembirakan hati mak ayah sendiri dan mertua.. Alhamdulillah.. Allah maha besar.. Letakkan segala pengharapan kita pada Dia.. Tuhan sekalian alam.. Dia beri kita kesusahan dan ujian sebab nak naikkan darjat kita.. Inshaa Allah.. Sentiasa berprasangka baik..
Nak tahu lagi tak ? Sekarang bila saya balik kampung belah suami, jumpa semua sanak saudara.. Saya dilayan umpama vip.. Manusia2. Kesimpulannya, ayuh wanita dan para isteri.. Jangan lemah.. Kita lebih kuat dari apa yang kita sangkakan.. Fizikal kita tak sekuat lelaki, tetapi hati dan jiwa kita seteguh gunung.. Inshaa Allah..
Kita dan suami perlu saling menguatkan.. Hindari perasaan negatif.. Back to basic.. Sentiasa letak pengharapan pada Allah yang satu.. Sama2 kita doa, Semoga urusan kita semua dipermudahkan dunia akhirat, semoga kita diberikan hidayah dan keluarga yang sakinah.. Inshaa Allah aaminn.