Assalamualaikum..aku saja nak kongsi cerita aku.. Masa bujang, aku rajin bergaya, tapi lepas kawen, aku jadi huduh, selekeh.. Bukan sebab aku malas tapi sebab sikap suami yg terlalu kuat cemburu buatkan aku jadi malas nak bersiap.. Aku keluar pakai jeans dan tshirt pun diperli2 katanya pakai lawa2 sebab nak mengorat jantan.. Suami aku tak bagi aku melawa tapi pada masa sama, dia selalu pandang perempuan yg lawa2.. Yg mekap2, kat fb dia plak, gambar2 aku tak pernah like atau komen. Tapi gambar perempuan lain selalu dia komen cantik la apa la.. Selalu dia hina aku macam..Sedih aku weii..
Sebelum ni aku tak kerja. Duit mmg takdak la sebab gaji suami pun kadang2 tak cukup. Bab nafkah aku lagi la jangan cerita. Baju baru last beli 3/4 tahun lepas..
Masuk awal tahun ni, kami ada krisis.. Nafkah aku dan anak2 mmg dia dah tak ambik tau. Berbulan2 jugak la tak bagi.. Baru ni aku dapat tau dia ada perempuan lain dan mereka plan untuk berkahwin dalam masa terdekat ni. Aku minta dia pilih aku dan anak2 atau perempuan tu.. dan dia pilih perempuan tu. Ya, perempuan tu lawa, pandai bergaya. Tak macam aku ni, huduh, selekeh.. Bila suami dah buat pilihan camtu, aku nekad untuk ubah diri aku.. Sepanjang bulan puasa ni aku kerja keras setiap hari dan simpan duit.. Aku beli baju baru, mekap, tudung dan mula bergaya balik..
Aku tau suami aku masih stalk fb aku walaupun dia dah block aku.. Lepas stalk dia mesti akan whatsapp aku macam2 dan marah2 cakap aku la ni asyik nak melaram, nak melawa, nak menggatal dengan lelaki lain.. Salah ke aku buat tindakan macam tu? Dulu aku jarang selfie, sekarang ni hari2 aku selfie aku sengaja nak tunjuk yg aku pun boleh melawa.melaram cantik2..
Dalam minggu depan aku akan pergi mahkamah untuk failkan permohonan cerai.. Bagi aku, semenjak dia bagitau dia pilih perempuan tu, antara aku dan dia dah tak ada apa2 hubungan. Tolong doakan moga aku kuat dan berjaya membesarkan anak2 tanpa seorang ayah… Terima kasih semua..




