Assalamualaikum min tolong hide profile aku ya. Aku nak tanya pendapat warga krt apa nk di buat dengan mak mertua yg mcm nk runtuhkan rumah tangga anak dengan menantu sendiri. Aku nak cerita dari awal macam panjang sangat. Aku belum sampai setahun lagi berkahwin. Tapi dah berkawan dengan laki aku sebelum kahwin dah 5 tahun. Mak mertua aku ni mmg dari awal tak suka aku. Sebab aku ni berisi muka pun biase2 je. Tapi tak de lah sampai tak reti bergaya langsung. Aku pun kdg ade jugak cuba berhias.
Pada mata dia semua apa yg aku buat tak kena. Aku nolong dia tapi dia cerita dekat sedare2 dia yg aku ni buat semua benda sebab terpaksa je. Dari sebelum kahwin sampai dah kahwin aku tolong dia. Nak raya pun aku tolong kemas rumah dia min pasal kesian dia tak de anak perempuan. Laki aku ni ade 3 org adik beradik tapi semua lelaki. Dah tu terbaru ni mak mertua aku ni ade amik anak angkat muda 2 tahun dari laki aku. Tak tahu asal usul dari mana jumpa dekat kl bawak balik rumah sebulan jugak dduk rumah mak mertua aku. Aku mmg dah tak dduk rumah mak mertua aku sebab tengok macam tak boleh ngam. Cepat2 aku pindah. Tak nak jadi hal lain bila dduk bercampur.
Bila perempuan tu ade sini dia buat semua kerja dia puji2 perempuan tu. Adat lah dah dduk tumpang rumah orang tak kan kau nak melingkar je kat rumah orang kan. Perempuan tu pun bukannya bekerja. Aku berkerja sepenuh mase mmg tak sempat dah nak tolong mak mertua aku. Aku mampu tolong mana yg aku sempat je. Bukan aku tak tolong dia langsung. Lepas tu jadi lah satu hari ni aku ade krisis dengan anak angkat mak mertua aku, mase dia baru seminggu dduk rumah mak mertua aku dia dah mengata aku bukan2. Aku tak suka lah. Jadinya aku tak bertegur dengan perempuan tu. Aku jenis tak suka orang sibuk2 hal aku sebab aku pun bukan kaki penyibuk hal dia.
Mak mertua aku pulak boleh backup orang luar tu. Dia dah tahu aku tak berapa nak suka orang tu. Dia gunakan perempuan tu untuk sakitkan hati aku. Awal bulan hari tu birthday laki aku, dia panggil kita orang laki bini balik sebab dia ade buat makan makan. Nasib baik lah sepupu laki aku bagi tahu aku hal sebenar. Dia panggil kita orang balik rupanya ade muslihat lain dia nak suruh aku tengok perempuan tu pot0ng kek dengan laki aku alasan dia birthday sama hancur hati aku.
Aku tengok macam dia nak buat aku ni laki bini bergaduh. Nasib baik lah aku tak balik. Laki aku terus kata tak payah balik kalau nak potong kek dengan perempuan tu. Dia tak nak. Mungkin laki aku pun nak jaga perasaan aku. Yelah sekarang aku tengah mengandung anak pertama kita orang. Mental orang mengandung ni kadang2 pun tak kuat jugak. Tapi bila dapat mak mertua macam ni aku tak tahu sampai bila aku boleh bersabar & rumah tangga kita orang boleh bertahan sampai mana.




