Asalamualaikum warga KRT. Aku menulis cuma nak minta pendapat. Selama nie aku tak pernah luah dekat sapa2. Aku pendam sendiri. Aku baru bkwin bulan 4 tahun lepas dengan seorang duda anak satu, aku pon janda anak satu. Anak suami aku dijaga oleh ibu ayah mertua aku. Bekas isteri suami aku dekat penjara sebab kant0i jual dadah. aku kenal suami aku nie zaman baru abis belajar.10 tahun tak jumpa, terjumpa balik masing2 dah jadi single. 4 bulan berkawan akhir kami decide untuk berkawin.
Ramai kawan perempuan dia bagitau jauhkan diri dari dia tapi aku degil.,aku cakap manusia boleh berubah. Suami aku memang setia dan bertanggung jawab dalam semua aspek. Sebelum ni kehidupan kami mewah tapi semenjak bisnes dia lingkup di buat perangai suka mencuri. kerap sangat dia ambik duit dalam wallet aku, atm aku. baru2 nie rantai aku pulak kena curi.,bila tanya tak mengaku pdahal dalam rumah cuma ade dia, aku dan anak aku berusia 4 year.
Aku pulak memang sentiasa ade duit ditangan sebab buat bisnes, cod barang bawa balik duit. Kami tak ada masalah lain, bergaduh bila melibatkan duit yang dia curi je. Bulan 9 aku balik jaga abah aku sakit dekat kampung, dia pon ade balik tengok juga. Kami stay umah adik aku sebab dekat dengan hospital. Barang mas adik aku plak hilang, Habis terus barang dia. bila je jumpa ustaz semua cakap suami aku. aku pon dah agak dia yang buat. Aku malu dengn family aku.
Lepas kjadian tue dia balik KL dan aku masih kat kampung. Selepas 3minggu aku bgtau nak balik kl sebab abah dah ok, dia balik kampung nak ambik aku tapi beria rushing ajak balik. Lepas balik KL berlaku la pertengkaran, aku stay umah aku. dia balik umah lama dia. masa tue aku baru preagnt 1 bulan lebih. dari 1 bulan sampai sekarang 6 bulan dia langsung tak msg, tak call, tak datang tengok aku. mula2 aku pergi umah lama aku pujuk dia dan minta maaf even aku tak salah tapi dia halau aku balik dan cakap tak nak tengok lagi muka aku.
Dia cakap aku tak pernah percayakan dia. aku pon bawa laa kain baju aku kuar dari umah dia. duduk laa aku dekat umah aku dengan anak aku dan baby dalam perut. 2 bulan aku tunggu dia balik tapi tak balik2, semua call, whtpps aku dia block. aku dah laa tengah mengandung. semua benda aku buat sendiri. alhmdulilah Tuhan permudahkan urusan aku, aku mengandung tak ada alahan, boleh bekerja macam biasa. Ngam 3 bulan aku text dia guna no lain bagi tau aku nak bercerai.
4 bulan tak ade nafkah zahir dan batin aku boleh tuntut cerai dekat makhmah. dia tak respon msg aku. last 3 days dia datang jumpa aku. aku tak ade bergado dengan dia. talk elok2, dia suruh aku jaga diri. tanya kesihatan aku dan baby. Aku minta dia jangan block call aku sebab anything happen susah. now aku dah nak masuk 7 month. masa dia datang tue dia demam. Besoknya kawan dia msg aku bagitau dia demam teruk smpai ambik darah takut denggi.
Aku msg dia bagitau aku akan jaga dia sebab kat rumah dia sorang2. aku masih sayang dan risaukn dia. Dia tak respon, esoknya aku call tak dapat dah. Makin aku risau, so aku decide nak pergi melawat dan ajak dia balik. Sampai kat parkng keta tak ade, aku ingat mybe kawan dia pinjam. Tak sampai 5 min keta dia sampai. dia turun dari keta bawa nasi. Dia dah perasan keta aku, tiba2 datang seorang perempuan dekat dia, cakap sesuatu lepastu terus blah naik tangga umah dia. Aku tanya sapa perempuan tue dia cakap bisnes prtners dia. Aku tanya perempuan tu u sapa? dia tnya aku balik aku sapa? aku cakap laa wife dia. dia cakap suami aku cakap dah bercerai. Aku minta dia lepaskan aku terus.,dia cakap tak boleh. tunggu settle court. Lepastu blaku laa ptengkaran. dia suruh aku balik tapi aku ignore, dia mengamuk rosakkan keta aku, dia tampar muka aku, dia baling hp aku. Anak aku dlm keta dah meraung2 so aku pon start keta balik dengan tak pakai selipar, menangis sepanjang jalan.
Semalam langsung tak boleh tidur, airmata tak berhenti mengalir. Maaf aku tulis panjang lebar. sekarang aku cuma nak minta pndpat warga KRT ape patut aku buat? Aku sayang family aku, Aku risau baby lahir nanti tak kenal sapa ayah dia aku sayang dia lagi walaupun dah macam2 dia buat kat aku. TOLONG laa aku. Aku tak kuat untuk trima semua dugaan nie.