Assalam… aku duduk rumah mertua, mertua yang nak serba serbi dapur segalanya ikut dia. dh 10 bulan kawin, sebelum ni dia tak pernah nak tegur tunjuk ajar aku tentang dapur dan dalam hal rumah tu, hari ni dia cakap, Dia kata kat aku basuh beras biar 6 kali cuci sampai air bersih 3 kali belum bersih dah tu masa masukkan air dalam periuk nasi jangan celup tangan, nanti nasi cepat basi, periuk nasi tu bila nasi dah habis, letak air dalam periuk letak tepi sinki, rendam pagi esok baru cuci!, dah berkali kali aku tgok ko wat keje tak bersih, allahhu aku buat sebaiknya, apa yg orang tua aku didik aku, bab masak makan lak,hurmm selalu aku masak dia tak makan , aku perhati ja.
Aku masak aku bersihkan semuanya,aku selawat, bukan aku buat keja kotor tak cuci bawang atau kuali, periuk kotor,.. bab sapu sampah dalam rumah lak, bila aku bangun pagi hari cuti aku buka pintu belakang sebab nak sapu sampah sekali masukkan sampah dalam tong belakang rumah dia mesti cakap tutup pintu tu nanti bla bla bla hurmm. dah tu semalam masa suami aku tak ada dia bebelkan aku, dia cakap macam2, aku dalam bilik diam ja. aku record apa yang dia cakap, rumah ni kecik ja, suara dia kuat leh dengar hurm, dia cakap dulu nak kawin tergesa-gesa gatal sesangat dah, dulu nak minta tangguh sebab duit.
Sebelah pihak lelaki belum cukup, aku dalam bilik hairan, keliru tak ada pun suami cakap nak minta tangguh majlis satu tahun, tup tup mak mertua aku cakap gitu, nikah dah le guna duit aku, ingatkan nak dapat menantu baik, rupanya salah pilih, memula kawin suami aku ada masalah kerja, aku yang support semuanya, dan barang majlis pun ada yang aku support, banyak yang aku tolong, mak mertua aku bila suami ada dia layan aku baik, depan kak ipar aku dia layan baik, tapi bila aku sengsorang kat rumah dengan dia mesti. ada ja yang tak kena, bila waktu maghrib lepas solat aku tengah mengaji ada je dia buat perangai, bila aku tanya dia kata tak ada apa,. bila aku diam, dia marah2 , mki hamun aku.