Salam min..
Pagi ni nak aku nak luah sikit lah lauahan apa yang jadi pagi ni kat aku.
Aku bini orang dan ibu kepada 2 anak dan bakal melahirkan anak ke -3 hujung bulan ni. Aku jalankan rutin harian aku macam biasa..dan sampai alarm fon laki aku pun . Aku yang kena tutup.. Sebab dia nama jer set alarm. Tapi aku juga kena kejut dia. Tapi pagi ni lain sikit, aku tutup alarm dan aku tak tersengaja ternampak ada mesej masuk kat wall laki aku..dan mesej tu dari kawan perempuan aku.. Dan aku terbaca mesej dia dari wall..
Aku dah tak boleh tahan rasa sedih hati aku nie.. Walaupun sebelum ni pernah juga jadi camni.. Tapi dia menafikan..
Tapi perasaan ibu mengandung dan firasat hati isteri memang kuat.. Kata nya tu mesej lama dan kawan aku baru balas.. Tapi waktu dia mandi,aku stalker fb searching dia. Terpampang nama kawan aku kat list searching.. Nak menipu dengan guna cara lapuk. Memang tak boleh nak tipu aku la.. Sebab dia sendiri bod0h,tak pandai nak cover.. Tapi aku masih diamkan lagi pura2 buat macam biasa.. Aku buat air untuk dia sebelum pergi kerja..
Aku kecewa sebenarnya dengan sikap dia. Dia kata aku berubah tiba2 dan terus dia naik tangan kat aku tampar aku dan tumbuk pipi aku ya allah makin sebak rasa hati aku.. Mungkin dia dapat baca gerak geri aku.. Dan dia dah banyak kali pun sejak dari aku mengandung anak sulung sampai sekarang bila aku nak dekat bersalin atau dalam pantang dia buat perangai.. Mesej-2,berchitchat dengan perempuan-2.. Bersayang-2 dan etc… Aku tetap bersabar..
Harini depan anak-2 buah dan anak-2 dia tampar aku n tumbuk aku,bini yang tengah sarat tunggu hari nak beranak..Sebab perempuan ,..kawan aku sendiri.. Memang tak tahu lah nak cakap macam mana perasaan aku.. Sangat..sangat sangat sangat lah terasa… Aku nak beranak dah , barang anak apa pun dia tak sediakan. Aku memang tak bekerja..sedih aku min.. Dari anak 1 sampai anak nak masuk 3.. Semua aku kena usahakan sendiri. Naik gila dah rasanya otak aku.
Aku tak sanggup nak taip dah ni min.. Air mata dah berjurai kat pipi ni.. Aku stop dulu lah.. Bye min.. T.kasih min. Harap aku dapat baca luahan hati aku kat wall krt.. Aku tak kuat ni min..
Hati dah banjir rasanya ni..




