Assalamualaikum,sebelum saya nak share apa yang saya alami skrg ni,jgnlah korang smua kecam. kita manusia takde yang sempurna. saya sekarang hamil hasil hubungan daripada bekas suami. Saya tahu saya memperbod0hkan diri sendiri jadi hamba se*s bekas suami. sekarang ni bekas suami tak nak bertanggungjawab. keluarga bekas suami pun tak nak masuk campur. bekas suami bagi saya duit untuk gugurkan di klinik. tapi saya tak nak. saya da buat dosa zine, lagi nak tambah dosa membun*h.
Saya teruskan je kehamilan ni walaupun bekas suami da bagi saya duit untuk gugur. saya simpan duit gugur tu. Saya da buat kesilapan kali ni,saya tak nak buat silap lagi lepas ni. bekas suami cakap,dia bukan suka betul dengan saya lagi, dia hanya suka2 nak mainkan saya. Dia cakap tak nak kawin dengan saya lagi saya sedih sangat mak saya pula paksa saya gugurkan kandungan ni saya tahu saya da malukan keluarga tapi saya tak nak tambah dosa lagi, bagi la saya peluang untuk betulkan keadaan. saya ada anak seorang perempuan hasil dari prkhwinan bersama bekas suami. saya sayang anak2 saya. Tak akan mungkin saya tergamak nak bun*h anak yang ada dalam rahim saya.
Sekarang saya hanya mintak pertolongan dari Allah sahaja dan saya banyak berdoa supaya Allah permudahkan segalanya.
Saya harap sangat bekas suami saya terbuka hati dan diberi hidayah daripada Allah supaya bertanggungjawab ke atas saya dan anak dalam rahim saya ini. hari2 saya sekarang suram memikirkan keadaan saya ni. saya hanya dapat tawakal sahaja pda Allah. saya tahu apa yang saya buat ni tak dapat dimaafkan dan diterima oleh kalauarga, tapi kenapa tak bagi yang peluang untuk betulkan keadaan ini. moga Allah bantu saya, saya tahu saya pendosa tapi janganla hukum saya seperti berkali2 saya buat prkara ni.
Saya sedih sangat. saya dah pergi klinik kerajaan daftar kehamilan ni, tiap kali datang checkup, nurse mesti mintak sijil nikah. saya terkelu nak jawab. saya takut kalau jawab nanti, nurse akan marah saya depan orang lain. saya tak tahu nak buat apa lagi. orang akan pandang serong dengan saya, saya tahu tu. Tapi lagi hina kan kalau gugurkan anak? Didunia mgkin kita lepas dengan prbuatan terkutuk tu, kalau diakhirat tak kan terlepas. saya takut. moga Allah permudahkan proses kehamilan ni sehingga saya selamat melahirkan. jadikan pengajaran dripda pengalaman buruk saya ni. jangan jadi mcm saya.