Assalam. Semoga kisah aku ni dijadikan pengajaran buat kaum wanita yang belum mendirikan rumah tangga. Sejak dulu aku teringin berkahwin dengan ustad. Boleh bimbing aku yang kerdil ni. Akhirnya aku berkahwin dengan seorang guru tahfiz yang agak kacak. Pada awalnya bukan main beriya nak kan aku. TAK nak bercinta. Nak cinta lepas nikah katanya. Cinta lepas nikah tu indah. Sape yang tak tertarik dengan dia. Dia orang yang beragama. Belajar jurusan agama di universiti. pemakaiannya dan percakapannya tampak suci murni.
Akhirnya kami bernikah. Dari awal kawen, dia jarang sentuh aku. Ade je alasan untuk mengelak. Panas la, nak tido kat ruang tamu la. Kadang tak de alasan pun, dia memang menolak. Kami pjj. Dia tak pernah balik jenguk aku. Alasannya sibuk. Aku nk kol dia nak whassup dia marah2. Dia tak suka dikongkong katanya. Aku berulang nak balik jumpa dia, dia tak bagi. Katanya dia busy. Aku tak paham dia. Pernah aku balik sebab terlalu rindukan dia, akibatnya aku dimarah dan dia bersikap dingin padaku. Sejak itu aku hanya balik ketika disuruh sahaja. Bila tu? Haha. Bila ada kenduri atau raya sahaja.Itulah kegunaan aku sbg isteri. Zahir battin tak de.
Jika aku slow talk bertanya mengapa dia layan aku macam ni, dia akan cakap ‘kalau rasa dizalimi boleh bawak haluan masing2’. Berulang kali ayat tu yang dia akan keluarkan. Kadang tak sedap hati dengan sikap dia tu. Pernah aku stalk whassup dia diam2. Selama ni bukan main lagi dia cakap busy sampai tak mesej aku berhari2. Dia boleh mesej dengan sorang budak laki ni ayat dia lebih kurang macam ni janganlah panggil saya ustad panggil la abang budak lelaki tu tak reply pun.
Suami aku tanya nape tak reply mesej abang? Aku rasa pelik dengan mesej tu. Sehingga kini hubungan kami sangat renggang. Tiada kol, whassup jarang2. aku hanya menunggu suami aku panggil aku utk kenduri sedara mara dia sahaja.
Aku tak faham la dgn dia tu. Ape motif dia kawen dengan aku. Dulu dia yang beriya. Lepas kawin, gantung tak bertali.




