Salam admin. Aku pernah jadi suami orang dan kini aku duda. Aku berkahwin tak sampai setahun dan dikurniakan seorang puteri hati. Aku sayang sangat dekat mereka berdua. Tapi isteri aku ni kuat melantun. Memang dari dulu masa aku kenal dia dari sekolah lagi dia ni jenis keras kepala. Sebelum aku ceraikan dia, dia ada tuduh aku nak pergi ‘enjoy’ dengan kengkawan aku. Masa tu dia baru lahirkan puteri kami. Dia berpantang di kampung dia Aku dah cuba explain dekat dia yg itu hanyalah gurauan Tapi dia tak percaya min. Dia cakap macam2 pasal aku, dia bandingkan cara aku dengan cara orang lain, and part yang aku tak tahan sekali, dia cabar kejantanan aku untuk ceraikan dia.
Aku dah warning dia banyak kali sebelum aku ceraikan dia. Aku faham wanita kan emosi tak stabil bila lepas lahirkan anak Tapi dia seolah mencabar kuasa seorang suami. Sebab tu aku ceraikan dia min.
Sekarang dia dengan family dia nak salahkan aku 100%. Habis dia canang cerita aku dekat family dia belah sana. Diorang cakap aku jenis lelaki yang tak pernah puas hidup bujang lahh apa lahh.. Lansung dia tak ingat jasa aku membanting tulang kerja siang malam utk halalkan dia, sara dia, beli kelengkapan dia.. Salah ke aku min?




