Assalamualaikum. Terima kasih siarkan kisah saya. Saya baru sahaja seminggu diceraikan oleh suami kerana wujud org ketiga didalam rumahtangga kami. Perempuan tersebut bertudung labuh dan menampilkan imej islamik menyebab suami tertarik kepadanya. Saya terjumpa mesej mereka bersayang dan bermuah2 dengan suami saya. Lalu say mengambil langkah menelefon perempuan itu dan keluarganya. Suami tersangat marah dengan perbuatan saya dan menceraikan saya.
Dalam tempoh seminggu ini saya cuba memujuk suami untuk berbaik demi anak saya yang berusia 3 tahun kerana Saya sedang hamil anak kedua berusia 9 bulan. Namun, suami memberi jawapan muktamad bahawa dia tidak menerima perbuatan saya kerana telah melibatkan hal kerjanya. Budak prempuan itu merupakan intern di tempatnya dan telah ditukarkan ke tempat lain angkara meruntuhkan rumahtangga saya.
Suami saya meminta untuk merahsiakan hal ini dari semua orang demi menjaga air mukanya. Saya turuti kemahuannya kononnya kami telah berbaik dan rujuk. Walhal suami membuat keputusan muktamad tidak akan berpatah balik kepada saya. Namun, dia masih menghubungi saya untuk tanya perihal anak kerana dia sangat rapat dengan anaknya yg sulung.
Masalahnya, saya tidak dapat move on selagi dia cuba menghubungi saya. Apa yang saya harus lakukan. Salahkah saya berdiam diri seketika dan tidak memberitahu apa apa tentang anak kami? Doakan anak saya yang akan lahir tidak lama lagi. Kawan2 suami meminta saya memujuknya untuk rujuk semula. Namun setelah beberapa kali dipujuk dia tetap bertegas dengan keputusannya.
Apakah yang saya harus lakukan. Untuk pengetahuan, ibu mertua juga tidak menyukai saya dan menghasut suami meninggalkan saya dan anak anak. Saya tiada sokongan yg baik untuk ketika ini. Mohon bantuan dan nasihat dari warga krt.