Hi admin. saya nak tanya kenapa ye orang lelaki ni suka tipu bini dia. macam saya bila saya tanya kat husband ada duit ke tak. dia cakap ada je. tapi harituh saya cek la dompet dia kering langsung. kadang dia tipu saya lagi bila saya tanya makan tak tadi kat tempat kerja katanya dia makan sedap2 kat kedai tapi sebenarnya dia tak makan pun apa yg dia cakap. kawan saya yang sama tempat kerja dengan dia cakap yang husband saya cuma bungkus nasi putih dengan kuah sup kosong je makan kat parking moto.
sampai hati dia sebab bila dia susah langsung tak nak cakap dengan saya. sebab apa. dia malu ke yang isteri dia ni gaji lagi besar dari dia. kalau dia tak de duit kenapa tak nak cakap dekat saya. buat apa saya kahwin dengan dia kalau bukan untuk saling memerlukan antara satu dengan lain. tak faham saya. dia jenis yang kalau ada masalah memang tak nak cakap dengan saya.
semua saya tahu sendiri dari kawan saya tuh. dulu husband tak macam ni kalau ada apa2 dia akan share dekat saya. saya check handphone dia tak ada apa2. saya tak percaya dia ada perempuan lain sebab dulu saya yang mengurat dia. dia ni jenis pemalu kalau cakap dengan perempuan. cakap tak tengok muka. kenapa ye. saya rasa macam saya ni tak de apa2 ke?