salam.. Min. tlong hide profile ya
aku nak mintak ulasan dari yg bijak pandai serta bawangers sekalian.
cerita dia macamni. aku berkahwin dah masuk 4 tahun. laki aku bagi duit belanja masa awal pwrkahwinan je. lepas tu aku pun lupa terus sebab aku memang berduit aku pulak suka belanja orang. dah lama2 baru aku teringat yang dia dah lama tak bagi duit belanja dapur atau keperluan. aku pun tanya la dia.. boleh pulak dia tanya aku.. antara aku dengan dia sapa yang banyak duit? kalo nak ikut soalan macam tu min.. lebih baik aku jadikan laki aku tu surirumah je kan.
lagi satu min perangai laki aku tu ya robbi belagak gila. sombongnya dalam percakapan bole dapat award min.
dia ni macam sejenis manusia yang takut orang sekeliling nampak kelemahan dia. yelah min.. asal dia keja kilang je.. aku yang bawak dia masuk ke alam perniagaan dan jadikan dia kaya. aku ajar dia segala macam ilmu sebab aku sejenis suka tengok orang2 yang dekat dengan aku berjaya macam aku jugak. tapi lama kelamaan dia dah makin meningglkan aku kebelakang dan menonjolkan dirinya sejak dia berkawan2 dengan geng motor besar. sembang dia semua macam dialah sifu. hahaha.
yang peliknya budak2 motor dan kawan2 dia tu pun pecayalah gebang rancak dia tu. bila dia menipu kawan2 bab kehebatan dia selalu balik cerita dekat aku konon suruh tengok lah betapa hebatnya dia menggoreng orang2 yg pecaya cerita dan cakap2 bisnes dia tu.. (konon dia lah yg power idola dalam perniagaan) aku layankan jelah dia sebab dia sejenis yang tak boleh dibangkang. sesekali kalo aku tegur sikap dia tu.. dicel4kakan aku pulak min..sedihnya tuhan saja tau.
makin hari makin aku makan hati dan merana sampai kurus kering aku dengan sikap belagak dia tu.. dia lupa dengan siapa dia bermula hidup bersenang lenang. dia lupa siapa yang bawak dia ke kehidupan sekarang. lama2 aku jadi makin tak tahan. keja dia nak komplen je itu tak kena ini tak kena.. padahal langsung tak masuk akal.. dia ni macam bajet2 ketua keluarga gitu. rules dia semua kena ikut. anak2 mintak nak makan itu ini semua dia cakap membazir.. tapi kalau untuk dia beratus2 pun takpe.. asalkan dia dapat tayang dekat fb kehebatan dan kemegahan dia.
Bila aku makin dah tak tahan tengok lakonan dia dekat fb tu aku pun mula bersuara bab nafkah dia terhadap aku kau tau min apa dia jawab nafkah dia wajib bagi aku makan 2x ja sehari pakaian 2x setahun. patutlah min sejak kawen aku tak dapat macam sebelum kawen dulu min.. hahahaha.. kalau aku tau min.. lebih baik aku jadi girlfriend dia je kan.. dapat jugak merasa makan kat luar kedai mewah2 dapat macam2 segala baju handbag bagai. dah jadi isteri ni macam terbalik pulak.. aku pulak yg banyak menyara keluarga termasuk menyara dia. sudahlah kereta2 mewah aku semua dia kawal lenjan menayang dekat kawan2 dia. rosak aku tanggung. monthly aku tanggung. Dah la duduk dalam company secara percuma sambil2 selfie tayang kt fb dengan ayat2 islamic dan motivasi hakikatnya aku je yang rasa betapa merananya jadi isteri dia.. sudahlah kantoi dia kaki betine. sedihkan hidup aku.
untuk pengetahuan .. asalnya aku dah tak nak kawen dengan dia pun sebab aku dah bole terhidu sikap dia yg belagak, tagih perhatian netizen mintak puji dan dah dapat rasa aku akan jadi susah kalo jadi bini dia. tapi dia punya memaksa aku kawen dengan dia sampai dia berjaya.. aku syak dia ni rasa rugi kalau aku x kawen dgn dia. dah jadi isteri di betul2 gunakan aku untuk dia senang.
sampai sekarang aku jaga aib dia wlpn aku derita. tolonglah bagi pendapat dan nasihat untuk aku dan jugak laki aku ni




