Sila hide profile kawan saya. Assalamualaikum. Nama aku Sara. Aku berusia lewat 20-an dan bekerja sebagai seorang executive di sebuah bank yang terletak di KL. Aku mempunyai seorang anak perempuan berusia 5 bulan. Dan aku merupakan seorang ibu tunggal yang telah di ceraikan oleh bekas suami 2 bulan lepas. Punca penceraian, jika ditanya pada bekas suami, tentulah semua salah dalam perkahwinan kami diletakkan di bahu aku. Tetapi, jika ditanya pada aku, of course, orang ke-tiga. Ya, bekas suami aku menjalinkan hubungan dengan perempuan lain yang lebih muda ketika aku sedang berpantang 100 hari.
Kisahnya awal tahun ini. Bekas suami berubah 360 darjah. Tidak suka meluangkan masa dengan aku dan anak, selalu mencari alasan untuk keluar rumah, tidur lambat dan banyak menghabiskan masa dengan handphone, kerap mengeluarkan kata-kata yang sangat mengguris hati aku, ibu kepada anak yang ditunggu-tunggu. Contoh kata-kata yang mengguris hati? Dia benci melihat aku, aku tidak lagi membuat dia bahagia, aku bukan perempuan yang sesuai untuknya, dia tidak pernah mencintai aku dan hanya berpura-pura bahagia selama ini. Hampir setiap hari bekas suami mengeluarkan kata-kata yang pedih sehingga aku immune. Sehingga aku sudah tidak rasa apa tiap kali mendengarnya. Kejam kan?
Setelah sebulan menjalinkan hubungan, semuanya terbongkar bila aku terjumpa video mereka pergi bercuti bersama di sebuah pulau yang terketak di Pantai Timur tanah air. Kononnya ke sana atas urusan kerja. Hancur hati aku melihat perempuan lain bahagia berjalan berdua dengan suami yang aku sayang. Bahagianya mereka. Sedangkan aku bergelut dengan anak sambil menanti bekas suami pulang dari his so called outstation. Aku namakan perempuan itu, Fika. Selepas dari hari itu, semuanya berubah. Aku menangis hampir setiap malam mengenangkan anak aku yang masih kecil dan masa depan anak jika kami bercerai. Dan kerana anak, aku maafkan bekas suami, dan cuba untuk lupakan semua yang telah terjadi. Dia juga berjanji tidak akan mengulangi kecurangannya. Namun aku silap. Once a cheater will always be a cheater. Selepas sebulan, aku terjumpa whatsapp bekas suami dengan perempuan yang sama, Fika. Betullah kata orang, tipulah isteri banyak mana pun, lama-lama akan terbongkar juga.
Hampir setiap hari kami bergaduh dan aku akan mengungkit setiap kecurangan dan kesanggupannya bersusah payah untuk Fika. Setiap hari juga aku seperti perempuan gila akan memeriksa handphone, social media, location, dan call logs bekas suami. Sehinggakan dia rimas, rasa terkongkong, tidak bahagia dan akhirnya, aku telah diceraikan dengan talak 1. Dia keluar meningga*lkan aku, anak kami dan segala beban di bahu aku seorang untuk mencari kebahagiaannya.
Sejak itu, aku dilayan seperti sampah. Hampir setiap hari aku merayu ketika dia dating melawat anak kami. Aku merayu-rayu supaya dia kembali, demi masa depan anak. Tapi dia tidak pernah peduli. Mungkin dia lebih bahagia bersama Fika, perempuan yang sempurna di mata dia ketika itu. Bukan aku yang serba kekurangan. Selepas sebulan rayuan aku tidak dilayan, aku belajar untuk move on. Aku mahu bangkit, aku belajar make up dan bergaya, aku belajar berdikari hidup tanpa suami, aku belajar bahagikan masa untuk anak dan kerjaya, aku uruskan perihal anak sendirian tanpa meminta bantuan bekas suami, dah ya, aku telah Berjaya untuk move on!
Aku isikan hujung minggu dengan berjalan-jalan bersama anak kesayanganku dan kawan-kawan. Ketika hari bekerja, masa banyak dihabiskan dirumah mengemas, menyediakan makanan dan juga barang keperluan untuk ke nursery ke-esokan harinya. Tiada lagi masa untuk aku meratapi kehilangan lelaki yang aku cintai. Betullah kata orang, perempuan menyesal di awal perpisahan lelaki pula menyesal setelah perempuan moved on dan ya bkas suami kini merayu untuk rujuk. Merayu untuk kembali kepangkuan keluarga. Mula lah memberikan alasan mahu rujuk untuk anak. Mungkin tidak Berjaya mencari kebahagiaan bersama Fika barangkali.
Tetapi hanya maaf yang aku mampu katakan. Aku bukan anak patung. Aku bukan robot. Aku tidak ada reset button di belakang badan ku. Aku tidak pernah lupa setiap kata-kata pedih yang telah dikeluarkan oleh bekas suami dulu. Aku tidak boleh lupa kecurangan bekas suami ketika aku masih berpantang. Walaupun aku masih menyayangi bekas suami, aku tidak mahu kembali ke fasa dicurangi oleh suami sekali lagi. Aku tidak mahu jadi perempuan gila yang penuh dengan rasa insecure dan paranoid terhadap bekas suami. Oleh sebab itu, aku pilih untuk hidup berdua dengan anak. Aku pilih untuk bahagia tanpa ada suami di sisi. Doakan aku kuat!