Assalamuaikum admin dan ahli group.. Mohon siarkan ye admin. Saya ada soalan untuk semua ahli group tmasuk admin.. Terutama untuk yang dh kahwin. Nak tanya la ye, betul2 nak tahu jawapan.
“KENAPA YE LELAKI SUKA TENGOK PEREMPUAN LAIN WALAUPUN DH BERSTATUS SUAMI?”
mohon bincangkan. Saya tak faham la. Dulu somi saya waktu bcinta mmg ade tgk ppuan lain dan saya perasan tp tak seteruk waktu dah kahwin lagi2 bila dah berjawatan bapa sekarang lagi dahsayaat. Berpusing kepala tengok perempuan walaupun saya disebelah. Macam 1 perasan teruja bila ppuan tu tgk dia, senyum kat dia dan kadang2 saya perasan dia macam nak tarik perhatian ppuan untuk tgk dia. Tahu tak, suami saya tgk ppuan dengan sangat lama. Serius saya cemburu! Salah ke saya cemburu? Sebab kadang2 saya rasa saya ni terlampau cmburu ada juga. Mudah fikir bukan2.
Belum lagi masuk bab berkawan dengan perempuan di fb, like gambar, lepastu tak jaga batas pergaulan dengan perempuan. Walaupun dah anggap perempuan ajnabi tu keluarga angkat tetapi boleh ke pukul2 manja ppuan tu? Bila disoal, “alaa, takde perasaan pun. Adik angkat je”. Oh! Adik angkat ni kalo sentuh tak batal wuduk la? Dah umur 18 tahun kot budak tu..
Saya dan suami msh muda dan masih baru berkahwin, ada anak seorang. Dua-dua bkerjaya dan bpendidikan.
Oh! Ya. Untuk info korang, somi solat 5 waktu, tahajjud dan dhuha buat. Selalu ikut majlis ilmu. Bukan dia tak tahu perlu jaga pandangan mata dan batas pgaulan lelaki ppuan, tetapi dia buat juga. Hmm.. Sayaangkn pkahwinn ttpi kadang2 benda ni simple ni betul2 mguji keimanan.
Baru-baru ni dia gertak saya dengan perkataan cerai. Sedih yakmat dibuatnya. Walaupun dia bagitau dia tak bmaksud apa2 cuma gertak je.
Dia masih sayangkan perkahwinan ini tetapi perlu ke pkataan itu dibuat main? Itu seakan2 memberi maksud serta gambaran kpd saya untuk tidak berharap lagi pada pkahwinn ini untuk kekal ke jannah sbb seakan2 dia tak dapat bertahan untuk hidup bersama saya hingga ke saat itu je. Betul ke apa yang saya fikir atau saya terlebih fikir? Sebab hati saya rasa sedih bila dia gertak macamtu. Walaupun saya akui saya tak sempurna tolonglah sempurnakan saya.
KENAPA YE ZAMAN SEKARANG MACAM MUDAH JE NAK LAFAZKAN PERKATAAN CERAI? MACAM SUKA JE NAK BERCERAI? Kalo masalah besar saya faham tetapi kes saya masalah sikap je. Sikap kan msh bole diubah dan saya mmg struggle untuk brubah. Saya betul2 tak suka ayat “cerai” ni. Sgt sensitif. Bkahwin bkn untuk bcerai. Susah betul untuk hdup smati. Macamne org zmn2 dulu bole kekal sampai ke tua? Cemburu betul!



