Salam min..Tolong hide profile aku..Aku ada masalah besar..Nak minta pendapat warga krt. Aku lelaki yang dah berkahwin hampir 6 tahun. Masa zaman study,aku pernah bercinta dengan kawan baik isteri aku. Benda ni memang tak kantoi sampai aku kahwin. Dan Kami pernah telanjur banyak kali. Kali terakhir terlanjur dengannya malam pernikahan aku. Aku curang dengan dia masa tu pun sebab dia jugak.Suka marah marah aku. Tuduh aku macam macam..
Tapi Itu cerita lalu. Aku dah berubah. Sekarang ni doaa silam aku ni mula menghantui aku balik . Baru baru ni kawan baik isteri aku datang ke rumah aku dan dia berlagak macam tak ada apa. kami bersembang biasa di meja makan Sementara isteri aku tengah siapkan makan. Sempat dia tunjukkan 1 gambar. Gambar aku tengah tido sambil dia berselfie, malam terakhir kami terlanjur. Aku minta dia padamkan gambar tu. Tapi dia terus ambil phone dan senyum. Hati aku betul betul tak tenteram. Aku jadi takot..Takot banyak lagi gambar simpan..
Apa aku patot buat? Perlukah aku berterus terang dengan isteri.? Kalau isteri ku tahu,mesti hancur hati dia..Aku sayangkan rumahtangga aku. Macam mana aku nak buat bagi kawan isteri aku padam semua gambar gambar aku..aku malu nak buat report polis. Dah berapa hari berlalu, hati aku betul betul rasa tak tenteram. Malam nak pejam mata pun tak lena..Bantu aku please.




