Min, hide profile aku ya. Aku dah kahwin lebih 10 tahun dan dah ada anak. Kehidupan aku dengan suami biasa2 je, aku bekerja dan semua keperluan banyak aku yang usaha sendiri. Suami sebaik2 manusia, dia dah banyak berkorban dengan aku dulu (sebelum kahwin biasalaa lelaki ni semua ok je investment kann). Nak kata tak bahagia tak juga, cuma bab duit jelaa.. Aku patut dapat lebih daripada ni, tapi dah rezeki aku setakat ni, aku redha. Suami aku pun bukan nak jaga diri sangat, banyak kali aku tegur suruh smart2 sikit, susah nak ubah style dia tu, selekeh je, penat dah aku belikan macam2, dia sibuk dengan kerja katanya sebab tu dia takde masa nak kisahkan diri dia.
Dia kena faham juga aku ni bekerja dan dikelilingi oleh orang ramai. Aku dah banyak kali pesan ke dia aku tak nak jadi BOSS dan tetapkan semua, aku nak dia pimpin aku bukan aku yang buat keputusan, aku bosan dah asyik aku je kena tetapkan semua, aku mcm Lady Boss dah, sebenarnya aku tak nak macam tu, tapi nak buat macam mana. Bosan juga kadang2, biarlah aku jadi bos kat office je, kat rumah aku nak dia jadi bos, tapi kalau aku tak buat semua tu..? Sebab memikirkan pengorbanan dialaa aku terima dia dulu, mungkin bukan CINTA sepenuhnya, SAYANG tu ada, tapi aku cuba untuk BAHAGIA sampailaa ke hari ni. Adakah aku bahagia sekarang ni..?
Selepas kembali dari tempat belajar dulu, ex jauh, masa tu aku pun busy cari kerja, sebab suami dekat sentiasa ada dengan aku dan senang cakap dah JODOH aku buatlaa macam mana pun kan tetaplaa jodoh kita. Aku redha dan selepas kahwin aku move on dengan ex, aku pun busy dengan kerja dan family aku, sekarang pula anak2 semua dah sekolah.
Isunya sekarang selepas aku join kursus pejabat aku baru-baru ni, aku tetiba macam dapat balik kenangan aku kira-kira 16 tahun lepas. Aku seolah-olah baru pulih daripada amnesia pula. Aku dah cuba atasi tapi tak boleh. Sebelum ni aku ada juga teringat kenangan2 aku tu, tapi sebab aku dah move on selepas kahwin, so aku biar jelaa perasaan aku berlalu begitu sahaja.
Memanglaa kadangkala aku terkenang, termimpikan ex tapi aku cuba tak nak ingat sebab aku dah ada kehidupan baru macam lagu “Tak Mungkin Kerana Sayang”. Tapi selepas balik dari negeri tu hidup aku tak tenteram, aku dah cuba lawan tapi aku teringin sangat nak tau perkembangan dan hubungi dia. Niat aku cuma nak tanya khabar je. Sebenarnya aku dah takde no dia, no2 lama aku semua dah takde sejak hs aku hilang 10 tahun lepas, so aku anggap kejadian ini untuk aku lupakan semua kenangan2 lama, aku redha. Aku tahu sebelum ni ada juga no2 yang kacau2 aku, aku tahu mesti dia, tapi aku tak pernah layan selepas aku kahwin.
Aku cuba stalk dan google ex tapi takde info, dia tak aktif FB IG rasanya. Aku trace balik dokumen2 lama so jumpalaa gambar2 dam emel2 dan bila baca balik macam aku je tinggalkan ex. Dia memang kejar aku dulu, mungkin sebab berjauhan dan aku busy cari kerja selepas konvo, hubungan kami on off. Adalah aku bersalah? Kami terpisah gitu je sebab berjauhan dan effort dia nak dapatkan aku tak boleh challenge suami aku laa, best man win kan? Tapi dia pun dalam diam berjauhan tu dia pun ade gf juga kot, sebab dia kahwin sejurus selepas aku dan tahun yang sama even masa tu dia nak sorok tapi sumber aku yang sahkan.
Setahun selepas kahwin dia masih contact2 aku juga, mungkin sebab aku tak layan lepas tu dia pun diam. So lepas kursus tu aku try cari no dia dengan kawan aku. Selepas contact dia tu memang dia layan habislaa. Dia masih takde rezeki anak. Dia siap nak jumpa dan sambung balik hubungan yang tak kesampaian dulu. Aku tahu sekarang aku sedang diuji olehNya. Semoga aku ada kekuatan untuk tidak berjumpa dengan dia lagi. Apa yang harus aku buat sebab niat awal hanya nak tanya khabar ex tapi aku tak boleh nak tipu perasaan aku hanya orang yang pernah alami je akan cuba memahami perasaan aku ketika ni. Mohon nasihat yang baik2 sahaja warga sekalian, jangan kecam yaa. TQ




