Assalamualaikum semua aku warganegara Ind0nesia berkahwin dengan warganegara Malaysia 6 tahun lepas sekarang dah ada 2 orang putri tapi kami nikah kampung je jadi tak ada sijil nikah anak pun tak ada dokumen, aku teringin balik kampung jumpa mak aku, mak aku janda sekarang dah tua, aku anak sulung, adik aku ade sorang je, perempuan jugak, anak aku ni nak bawa balik Ind0nesia pun tak bole nak sekolah kat sana sebab tak ada dokumen.
Sijil lahir yang dari pada sini bawa Ind0nesia pun tak laku kalau mak ayah tak ada sijil kawin. malam ni aku kena tampar suami aku sebab tanya pasal dokumen anak2 dia cakap dia ada upah orang untuk buat tapi janji tu aku tunggu sampai 6 tahun ni tak terbukti.
makan pakai aku dengan anak2 aku memang cukup. sebab gaji dia 6k bagi kat aku semua. tapi pada aku hidup berkecukupan pun kalau tak ada dokumen tak ada guna.
Aku takut kalau tetiba aku atw suami aku matti macam mana anak2. aku nak teruskan hidup sebab tak ada dokumen lengkap. suami memang tak pernah paksa aku buat keje rumah. janji anak aku kenyang dan wangi dah cukup pada dia. untuk pengetahuan Korang bile aku dan ank2 aku berjalan pun org tak tau yang aku ni org Ind0nesia sebab aku bercakap tak ade Slank Ind0nesia langsung. tapi pada aku semua tu tak penting, tak de guna kalau tak de dokumen lengkap.
ade ke sesape kat dalam KRT ni bole tolong kami untuk selesaikan masalah kami? minta maaf kalau aku ckp tak pape. aku bercelaru. semak.




