Salam semua. terima kasih kepada admin jika post ini disiarkan. Aku sebenarnya nak cerita sikit pasal aku dulu. sekarang ni aku dengan isteri aku sah bercerai dan kami belum masih ada anak setelah 2 tahun perkahwinan. aku yang salah kerana aku teleh dibutakan dengan kesenangan dan disebabkan itu aku telah curangi isteri aku yang selama ni sanggup terima aku dari aku pakai kapcai buruk, keje tak tetap selalu tukar keje gaji kecil. tapi dia tetap selalu nak bantu aku masa aku kering gila walaupun aku rasa macam malu nak makan duit dia.
masa awal perkahwinan kami menyewa je kat rumah kampung yang murah² yang tiada perabut waimah peralatan elektrik pun tak ada. masa baru kahwin juga kami nak makan pun telur je hari² sebab nak jimat. tapi lama kelamaan kehidupan kami suami isteri makin stabil dan aku mula buat perangai dari dulu aku tak merokok sekarang aku dah merokok dan paling teruk aku main mesin kerana pengaruh rakan tempat kerjaku. bekas isteriku mengetahui dan dia sudi memaafkan aku dan memberi peluang tapi akhirnya aku telah curangi isteri ku sehinggakan dia sedih yg teramat. aku janji tidak akan buat lagi dan dia telah hampa dengan kelakuan aku jadi dia telah failkan permohonan cerai dan aku sekarang ni telah menceraikan dia so kat sini aku nak nasihat kat para suami pleaselah hargai wanita yang sanggup susah senang dengan kita. jangan jadi macam aku. buat bekas isteriku. abang harap awak bahagia dengan husban awak yang sekarang.
tq.. aku sedia dikecam..




