Assalammualaikum min & warga KRT..
Min, aku tak tahu nak luahkan kat siapa min. Umur aku 28 tahun, aku dah ada 3 anak, belum lama aku bersalin anak ketiga, perempuan, comel sangat min. Sejak dari aku bersalin anak ke-2 laki aku tak kerja min, aku kerja sendiri, online seller. Dalam berniaga tu biasa ada naik turunnya. Tapi aku redha je, aku pernah merasa hidup senang dan hidup susah.
Tapi satu je, aku tak pernah putus asa bagi aku selagi hayat dikandung badan aku tetap akan usaha cari rezeki untuk anak-anak aku. Laki aku dulu orangnya baik sangat, hormat orang tua, sopan santun dan cakap pun lembut je dengan orang-orang.Tapi tulah, manusia ni cepat berubah laki aku semenjak berkawan-kawan, sampai lupa anak bini.
Aku hari-hari bersuara kat dia, tolonglah cari kerja sampai bila aku yang kena tanggung semua. Bayangkanlah min, aku tungkus lumus jaga anak-anak, dengan iklan-iklan produk aku lagi kadang aku rasa macam nak merayu kat customer, tolonglah beli produk aku.Tapi takpelah aku tetap sabar. Aku bukan apa, cuma nak kejarkan bayar duit kereta, bil api air dan belanja anak hari-hari.
Aku tak makan tak apa tapi jangan anak-anak aku tak makan. Aku sanggup min jalan kaki berhutang kat kedai untuk bungkus makan anak-anak aku. Tiap hari aku berdoa, moga Allah murahkan rezeki aku, aku berdoa juga pada Allah moga laki aku berubah jadi orang yang bertanggungjawab Aku tak nak burukkan laki aku, banyak lagi benda aku nak cerita tapi aku tak naklah sampai jatuh hukum mengaibkan laki sendiri.
Aku selama ni sabar sangat dengan dia, dia pernah naik tangan kat aku min dan hari ni dia naik tangan kat aku lagi. Ni dah nak hujung bulan, jadi rumah dah nak kena bayar, aku pulak sales bulan ni slow sikit. Aku tanya kat dia, sewa bulan ni macam mana, takkan aku lagi kena bayar. Dia jawab “Ha’ah.” itu saja.. Aku masuk dalam bilik, aku cakap kat dia, apa benda ni.. semua benda dah aku kena tanggung. Aku penat sampai aku tak ada masa untuk diri aku sendiri.
Yang laki aku pula, macam tak boleh diajak berbincang. Last-last aku keluar bilik sambil menangis teresak-esak. Aku cakap kat dia, memang tak ada guna cakap dengan kau, macam ni jelah nasib aku sampai bila-bila.Masa keluar dari bilik tu aku dah rasa macam sedih sangat-sangat bercampur geram, aku sepak nasi goreng yang aku letak kat depan ye aku tahu, perbuatan aku melampau, sepak-sepak rezeki tapi benda tu secara spontan, aku tak ada niat nak buat macam tu.
Tiba-tiba lelaki aku keluar bilik, dia tampar muka aku bertubi min kiri kanan pipi aku sakit dia tarik rambut aku dan ketuk kepala aku. Aku bangun, aku tampar muka dia 2 kali tapi dia tampar aku balik banyak kali, masa dia ke dapur nak ambil penyapu aku lempar tupperware kat lantai dan tupperware tu melantun kena muka dia. Dia datang kat aku, berdas-das tampar aku kena min, rambut aku ditarik-tarik sampai gugur rambut aku. Laki aku sapu nasik yang aku tendang tu, Dia kata aku bodoh dan tak bersyukur. Masa dia tengah sapu nasi tu, aku ambik segenggam dan aku masukkan dalam mulut aku sambil aku cakap pada dia, “Kau nak aku bersyukur kan…” Dia lepaskan penyapu tu dan tarik-tarik rambut aku, tampar aku dan cengkam muka aku kat muka aku ni min ada bekas kuku-kuku dia.
Allahu… aku nangis sambil sebut-sebut mak dan ayah aku, anak aku tengok aku nangis, dia pun nangis… Ya Allah aku sedih sangat-sangat, apalah nasib aku sampai macam ni jadinya. Warga KRT, mohon jangan kecam aku ye, aku tahu disitu ada salah aku juga. Aku cuma nak luahkan kesedihan aku.