Aku cuma nak luahkan je. Aku lelaki Aku segan nak cerita kat sesiapa masalah aku . Even mak aku sendiri sebab semua punca dari aku sendiri . Aku sayang isteri dengan anak aku dan sampai sekarang aku masih tak boleh nak terima hakikat yang isteri aku mintak dilepaskan untuk pertama kalinya dalam perkahwinan kami yang dah hampir 4tahun ni . Mungkin salah aku , gagal didik diri sendiri . Aku terlalu seronok lepak dengan kawan2 sampai 3 4 pagi biar anak isteri terumbang ambing kat rumah.Tak peduli keselamatan mereka kat rumah.
Aku berahi tengok perempuan lain depan isteri . Aku jarang dengar isteri luahkan perasaan dia . Isteri panggil suruh tengokkan anak masa dia makan , buat kerja rumah , solat , dll memamg aku pekakkan telinga je . Aku tak pernah tolong isteri aku buat kerja rumah . 100% semua dia buat . Even beli barang keperluan pun . Memang aku kejam . Biarkan dia sorang2 dukung anak sambil bersesak dengan orang ramai . Dulu isteri aku dia tak macam ni . Dia taat setiap suruhan aku walaupun mulut dia sumpah seranah macam2 tapi tangan dia buat kerja .
Sampai la bulan march haritu . Isteri aku tiba2 kerap ada appointment dekat hospital . Aku ingat mungkin dia memang tak sihat . Sebab aku dulu bukan jenis nak ambil tahu hal isteri aku. Dia sakit ke, dia nak pergi mana ke , dia nak balik kampung 687 km pun aku biarkan je dia buat semua sendiri . Termasuk hal anak lelaki aku 3 tahun . Aku terlalu biar dia berdikari . Haritu bila aku sampai hospital nak jemput dia , aku nampak dia dekat lobi hospital dengan kakitangan hospital , lelaki . Mesra je . Lepas dari hari tu aku tak jemput dah isteri aku , aku suruh dia pergi sendiri sebab aku nak tengok apa dia buat belakang aku.
Dia tak curang . Dia masih setia sebagai isteri . Cuma dia berkawan rapat dengan lelaki tu . Yang aku terkilan baru ni dia mintak aku lepaskan dia. Dia kata dia tak bahagia dan dia jadi baran . Dengan anak pun dia tiba2 naik tangan. Dengan aku memang makian je yang aku dapat 24jam . Aku tau semua sebab lelaki tu . Dia nak tinggalkan aku sebab lelaki tu . Aku merayu pun dia cakap dah tawar hati . Aku menyesal , aku betul2 nak berubah . Aku cuba cari jalan penyelesaian . Aku cuba pikul tanggungjawab aku sebaik – baiknya . Aku cuba ambil hati isteri aku semula . Isteri aku nampak serba salah nak mintak cerai sekarang . Dia kata kalau demi anak dia terpaksa bersama dengan aku dia redha sebab dia taknak lepaskan anak bawah jagaan aku.
Isteri aku tak bekerja . Surirumah semata – mata . Dia dah takde sapa2 nak tanggung dia lagi . Aku cuma berharap ni kali terakhir aku lukakan hati isteri aku . Dulu mungkin ye aku tak peduli kehilangan dia . Bila allah uji rumahtangga aku dengan kehadiran orang ketiga , jantung aku bagai direntap . Siapa sangka , setinggi2 ego lelaki boleh kalah dengan ujian sebegini . Pada yang tak pernah alami mungkin anggap perkara ni remeh , tapi aku tidak . Aku terlalu sayangkan amanah yang allah kirimkan pada aku . Selalu kes suami curang je , sekali kena batang hidung sendiri isteri cari pengganti . Sakit , memang sakit . Baru aku tahu apa perasaan dikhianati . Terima kasih allah sebab tegur aku kerana leka dalam menjaga amanahMu .




