Assalam min. entah macam Mana aku nak lupakan apa yang suami pernah kata kat aku.aku tak boleh lupa, Ada sekali tu kitaorang pergi kenduri rumah sedara sebelah ayah aku. kebetulan mak Dan ayah tak dapat pergi sebab mak masuk hospital, mak wakilkan aku dengan suami aku, bila dah sampai rumah kenduri. ye la kan rumah tu tak pernah pergi.kena cari ikut alamat kad jemputan. merata cari.
macam2 dia kata kat aku. ingatkan lepas dah makan kenduri tu dia ok Masa dalam perjalan balik kita orang bergaduh lagi. hanya disebabkan perkara kecik je. dia marahkan aku dekat traffic light, sekeliling orang ramai. dia cakap aku ni isteri derhaka, tak layak buat isteri, dah tu dia cakap ramai lagi perempuan nak kat dia. sedangkan yang aku tahu semuanya kaki kikis duit dia. nak APA semua dia bagi.
Aku ni sebagai isteri baju dalam Dan seluar dalam setahun kawin baru dapat barang lain jangan harap la kena minta sampai paksa2, aku selalu sentap, terasa, ye la dia selalu puji perempuan lain, aku ni sebagai isteri pulak Masa nak bersama Tau lak Cari, itupun Ada yang tak kena lagi, aku Tau aku gemuk, buruk, hodoh, tapi aku tak minta, dulu dia yang nak aku, sampai merayu pada mak ayah Dan keluarga aku, salah aku la g I ke?
Bila dia x Ada duit aku bantu bagi. bila barang rumah yang kitaorang tinggal ngn mak ayah dia. barang rumah selalu aku yang topup. ni bulan puasa, aku puasa sorang2, makan ala kadar, bila aku beli yang sedap2 Ada yang sindir aku, tiap Kali barang dalam rumah hilang,rosak,mesti aku yang disalahkan.
Dimana salah aku.salah ke aku memberontak ,membisu dengan sekeliling aku,kadang aku takut aku terlanjur kata pada diaorang, salah aku ke?dulu aku anak yang mak ayah sayang, adik Dan kakak yang disanyangi,tak pernah aku hidup tekanan macam ni. bangun pagi aku positifkan diri aku,aku mulakan hari aku dengan senyuman,aku inginkan hari yang indah, sebab aku tahu bila balik rumah tu aku akan berubah emosi.




