Assalamualaikum. Hide kan profile aku ye admin. Aku nak cerita. Taip2 panjang lebar ni pun tak reti sebenarnya..tapi gini laa ye..harap dapat nasihat yang berguna..
Aku takde masalah dengan suami tapi aku rasa berdosa sangat dengan suami. disebabkan aku, suami dah 3tahun tak jumpa mak abah die..Sebelum kawen dengan suami..aku ni janda anak 2..bila suami bagitahu family dia nak kawen dengan janda..family dia memang tak setuju..lagipun dia anak bongsu yang tinggal bersama menjaga mak abahnya..
Aku memang tak senang hati masa nak kawen..tapi suami aku cakap takde masalah..die akan pujuk family die..die kata kita uruskan je semua sendiri..nanti sampai tarikh kita kawen die akan bawak family die..aku terus uruskan hal kawen walaupun family belah aku pelik kenapa family belah die tak datang² berjumpa ibu abah aku..aku kan janda so ibu abah aku takde mendesak sangat nk jumpa family suami asalkan semua selamat..lagipun aku dah tipu ibu abah..aku ckp mak abah suami tak sihat sbb tu tak berkesempatan lagi nak jumpa..
Tapi sampailah hari nikah..family suami memang tak datang..mungkin mereka tak dapat terima aku..anak bongsu mereka pilih aku..Allahu..sedihnya aku..sampaikan family aku tanya mana family belah sana..aku dan suami diamkan je..start dari tu aku dah macam fikir berdosanya aku sampai suami aku sanggup tinggal family dia untuk aku..
Aku kasihanakan suami aku..3tahun dah aku pujuk..baliklah kita jumpa mak abah..kadang2 aku desak dia.
sampailah satu hari bile aku cakap pasal ni..dia cakap mak abah dah halau dia sebab dia bertegas nak kawen dengan aku..bukan dia tak nak balik..aku nampak mata suami berkaca..dia terlalu rindu mak abah dia..tapi dia takut..dia selalu cakap “bi selalu doakan sayang dan anak2..mak abah bi tak kan lupa.. menggigil aku tahan airmata..aku tahu suami terlalu rindu mak abah nya..
Aku tahu mak abah juga mesti rindukan anak dia..cuma masih tak mampu nak terima aku..aku cucikan gambar mak abah suami..mungkin suami lupa..aku kenal wajah mak abah nya..dia akan ambik gambar yg aku cuci tu..dia akan cakap..ni lah mak abah bi.. Impian aku juga sebenarnya supaya mak abah suami boleh terima aku..nak juga rasa kasih mertua. Aku harap sebelum aku takde kat dunia ni suami dapat balik jumpa mak abah dia dan aku nak suami jaga mak abah nya macam mana suami jaga aku sekarang..
Suami aku seorang yang sgt bertanggungjawab kpd aku.. anak2 tirinya..dan anak kami yg baru berusia setahun..aku harap suami aku takkan lupa tanggungjawab pd kedua ibu bapanya..syurga suami ku bersama mereka.. Macam mana lagilah nak temukan mereka. Buat suami.. sayang tau bi pun selalu bace page ni..terima kasih sebab jaga sayang..sayang minta maaf sebab sayang selalu sakit dan tak pernah sihat..sayang mtk maaf sbb selalu abiskn masa dan duit bi utk kesihatan sayang..sayang mtk maaf sbb sayang tak mampu utk jaga anak2 dengan baik dan sayang minta maaf sbb bi tak mampu balik ke pangkuan mak abah. Tq min..maaflah panjang berjela..