salam min, aku terase sangat dengan suami aku min .. hm… aku tak peried dah 2 bulan .. ni aku terasa macam nak perut aku tak sedap lpastu kerap pening dan muntah2 .. aku minta dia tolong belikan pregnancy test .. tapi dia tak nak .. alasan dia membazir duit hmm sebab dah banyak kali beli tapi takde hasil.. aku cakap la nanti klau result dia positive aku boleh la jaga kandungan aku dengan baik dari sekarang . maksud aku takde la aku nak buat keje berat2 kat rumah.. pastu dia boleh tanye kalau ade pun kenapa tak boleh buat kje berat ? pastu aku jawap la risiko gugurnya tinggi. dia boleh gelak lepastu dia cakap takdenye. hm dia tak percaya smua tu min . Aku nak kerja tak bagi. aku takde duit min. kalau ade aku pun tak minta duit dia nak beli ape ape..
salam min. sambungan dari cerita suami aku berkira nak belikan pregnancy test tu. haritu aku betul betul nak tahu aku period atau tidak . jadi aku bukak mybank2u laki aku senyap2 dan aku beli benda tu dekat shopee min . murah . dalam Rm7 macam tu lepastu aku pura pura tidur dan buat tak tahu apa apa . esok tu aku bangun dia tanye aku buat ape duit tu . dan aku cakap aku beli benda tu then dia cakap aku degil . nak sangat beli . esoknya benda tu smpai kat rumah . aku test dan hasilnya POSITIVE min, aku gembira sangat sangat . terlalu syukur .
oh lupe nk cakap aku dah ade anak sorang umur 1 tahun lebih . aku happy min anak aku ade kawan . aku beria chat dia . aku bagithu positive . dia pun suke . tapi layan aku macam nak tak nak . aku tak syak apa apa lagi . mungkin sebab terlalu happy .
Dan harini aku pergi check kandungan da nak msuk 3 bulan . alhamduliilah min . tapi kegembiraan aku tak lama . sebab tadi aku minta tolong dia sidaikan baju , aku penat pinggang aku sakit dan tak larat sangat aku dah start mual2 . dia buat tak endah je . dia kata dia penat keje. jadi aku pun buat semua keje rumah sendiri. lepastu tadi aku da masak aku suruh dia makan . time dia kat dapur dia bising sebab plastik sampah aku sangkut dekat kepala paip . dia cakap kalau rosak siapa nak repair . bukan aku tahu repair pun , aku tahu merosakkan aje katanye hm.. lepastu aku tertinggi suara sebab aku penat sehari buat keje rumah . layan anak lagi . siap masak basuh baju sidai tapi dia sikit pun tak hargai . terima kasih pun tidak.
lepastu habis segala benda dia ungkit . siap ungkit phone yang aku pakai sekarang pun dia belikan dan dia minta balik , Aku geram dan secara tak sengaja aku terpukul lengan dia dengan bulu ayam lepastu dia tarik aku dia hempas kepala aku min . dia tumbuk aku berkali kali . dia sepak muka aku , Allahhu sakitnya tuhan je yang thu . aku bangun lawan dan dia tendang belakang aku . aku tanya dia nak ke anak dia mat! . dia jawap ‘ BIAR KAU MAMPS DENGAN BUDAK NI DARI DIA HIDUP ADE MAK MACAM KAU ‘ KAU DENGAN KELUARGA KAU SAME JE MENYUSAHKAN AKU.. terdiam aku min . menitis air mata aku tahan sebak . dia cakap lagi ‘TAKPAYAH NAK TUNJUK AIR MATA KAU , NK TUNJUK MUKA SIMPATI KAU DEKAT AKU , TAKDA RASE KESIAN LANGSUNG DEKAT KAU ..
lepastu kami bergelut . aku rase macam nak bunh dia . iman aku tak kuat . dia tolak dan tendang aku lagi . aku ugut dia nak report dia dia siap halau aku lagi . dah berapa kali min dia naik kaki tangan dekat aku. aku bertahan sampi sekarang sebab anak first aku . aku sayang dia dn anak aku . tapi aku buntu . ape perlu aku buat. aku sempat call ayh aku dan ayah aku suruh buat report. balai jauh min . aku tak de transport . aku duduk jauh dari family aku , aku tak tahu nak kemana dan dekat sape aku nak mengadu . aku tengah mengangdungkan anak dia . sampai hati dia pukul aku tanpa perasaan . aku tak mampu nak buat apa apa . dia ade kereta . dia ade semua benda . dia pun banyak kali hina keluarga aku . mak aku susah . kakak aku selalu pnjam duit dia. paling pedih dia pernah cakap mak aku miskin menyusahkan hidup dia .
aku terbaring sambil tengok muka anak aku . aku cari kekuatan . aku tak tahu mana apa aku nak buat . sebelum kawin dia tak macam ni . lepas kawin dan ade anak dia berubah . mungkin dia rase menyesal . kenal dengan aku dan munkin dia rase aku dan anak beban pada dia . dia pun banyak kali halau aku balik rumah ibu aku . aku betul betul buntu dan hati aku terluka dengan perbuatan dan kata2 dia . mana aku nk bawa diri . aku tak ada apa apa . duit takda harta pun tak ada . hidup betul2 menumpang ihsan dari dia kenapa dia ? SUAMI AKU sndiri perlakukan aku mcm org asing .




