hidekn fb ni ye. Assalamualaikum aku sedih min, dalam dilema nak teruskn perkahwinan terasa sakit, nak cerai tapi sayang. aku dimadukan masa dalam pantang 4 tahun lepas, ditinggalkn tanpa khabar masa dalam pantang 2 minggu, rupanya suami aku pergi kawen lain kat thai. lepastu aku dituduh hantar santau kat bini muda sumpah min aku tak buat pun lama suami aku benci aku sebab bila dia berubat kat mana2 smua sebut nama aku, aku dipersalahkan selama 2 tahun lebih, aku sedih min sebab suami aku tak percayakan aku, lebih percayakan cakap orang luar daripada isteri yang dia dah kenal berbelas tahun. dah la curang, kawen lain dalam pantang, difitnah hantar santau pulak, aku rasa bertimpa2 ujian datang menjengah hidup aku…
Doa orang2 teraniaya memang tak ade hijab, lastly Allah tunjuk kan juga siapa pengirimnya, pengirimnya adalah bomoh yang mula2 suami aku bawa pergi berubat, bomoh tu nak duit je, sekali berubat beratus habis, kebetulan masa aku dalam pantang anak mdnangis tak berenti, dengan aku meroyan lagi, dekat2 nak habis pantang tu suami aku bawa pergi jumpa bomoh tu, dari situ aku dijadikan kambing hitam dituduh sihir isteri kedua, sebab bomoh tu suka isteri kedua suami aku, dalam masa yang sma dia nak duit laki aku juga. masa berubat tu hati aku memang trdetik tau, bomoh ni macam cuba nak melagakn aku dengan suami sebab masa tu dia pandang aku dengan pandangan yang sangat tajam, aku benci tengok muka bomoh tu, tak tau lah kenapa suami aku ni terlalu perrcaya sangat kat dia,
lepas semua dah terbongkar, baru suami aku layan aku baik2, kalau tak setiap hari aku menangis, ditengking, dihina, dimaki, dipukul tapi aku tetap sabar, berharap dia berubah dan Alhamdulillah akhirnya dia berubah tapi biasalah kan kalau bermadu ni, memang banyak makan hati, aku buntu, tak tahan hidup dalam tekanan, suami aku dah mcm lalang sejak perempuan tu hadir, pilih kasih ketara sangat, aku sedih min, macam aku ni tua sangat dia buat aku, aku selalu cuba tnjuk yang baik2 je kat orang, nampak macam suami aku sayang sangat kat aku, kalau orang tak tau memang nampak macam dia loving gile kat aku tapi hakikatnya yang sebenar Allah je yang tau. aku sedih, sampai bila aku nak kena telan, nak hadap smua benda ni, dah 8 tahun berendam air mata,
Dulu dia dengan awek, 4 tahun putus, 4 tahun lagi isteri kedua ni pula, aku penat lah, isteri kedua suami aku sebiji macam husna, suka serang2 aku, maki2 macam aku pula yang ambil suami dia, aku dah malas nak berebut, aku nak failkn penceraian, tapi family asik suruh sabar, asik cakap tak lama, sabar je,,semua ni tak lama.. asyik ulang ulang cakap benda yang sama.. lagi2 mak bapak aku, asik suruh sabar, smpai bila min? aku stress..aku nak hidup aman,,aku tak,nak hidup dalam tekanan, nak besarkan ank2 elok2, happy2 bukan macam sekarang aku kemurungan, aku tak suka keluar rumah sangat, tak suka bercampur orang sangat,,aku malu, aku nak tanya semua kakak2 abang2 dalam ni betul ke klau lelaki jdnis macam ni dia tak kan berhenti? lepas ni akan ada yang ke 3,ke 4 kah?…
aku kesian dengn suami aku tu, dia dah la ada sakit macam2, tapi entah lah kadang bila aku fikir balik apesal la aku nak sibuk fikir pasal sakit dia, hahahha… aku stress sebenarnya ni.. fikiran aku kejap ok kejap tak, kadang rasa macma nak padankan muka je sebab dapat sakit macam2, kencing manis la, gout dll, tapi jauh disudut hati aku kesian, aku sayang, sebab tu aku brtahan, nak jaga dia smpai dia tua… tapi tu la aku dah tak kuat hati untuk bertahan bila tengok sikap pilih kasih dia buat aku jauh hati… rasa sedih.. aku punya lah layan dia macam raja kat rumah tapi dia tetap pilih kasih, banyak lah benda yang dia buat memang ketara sayang dia lebih pada yang sana…




