Assalamualaikum admin.. Maaf semua andai cerita ni tak seberapa Sangat….
Ceritanya macam ni. Aku adalah seorang suami kepada seorang isteri yang 6tahun lebih tua dari aku. Dan bapa kepada 5 orang anak….. Aku bukanlah seorang yang berkerjaya Hanya seorang peniaga pasar malam Sedangkan isteri aku adalah seorang yang Sangat berkerjaya.. gaji dia berlipat 3 ganda dari aku. So aku akui yang kalau kesemua keperluan banyak dia yang bayar. Contoh Rumah, kereta dan belanja barang2 anak.. Sedangkan aku hanya bil2 Rumah..perbelanjaan makan dan lain2 yang kecil2…
Jadi tugas Rumah seperti membasuh, sidai baju, memasak, kemas Rumah, lipat baju, Mandikan anak2, pakaian dia semua aku yang uruskan. Termasuklah gosok baju sekolah anak, kejutkan anak sekolah, hantar anak sekolah, sediakan sarapan semuanya aku seorang yang buat… Jadi apa yang aku ingin luahkan adalah sikap isteri aku yang sangat panas baran kadang2 manja orangnya. Aku tak boleh salah sikit. Andai terlambat ke kemas Rumah tak bersih ke mesti aku dimaki2nya. batang kayu, kasut, tali pinggang semua dah pernah dah hinggap kat belakang aku.
Aku Jadi terlalu stress sangat2.. Kadang menangis sendirian bila fkirkan semua ni. Kenapa aku dilayan macam ni sedangkan aku ni seorang suami.. Aku tak ade tempat mengadu. Aku Cuba kuat demi anak2 untuk mengelakkan perceraian. Diorang semua manja dengan aku.. So bila aku terlalu stress aku akan Cuba mencari kawan2 untuk bersembang3 untuk hiburkan hati… tapi lain pula jadinya. Aku kena lagi dan lagi.. Jadi apa yang perlu aku lakukan ya admin? Apa perlu aku buat? aku tak tahan dengan sumpah seranah, hinaan dan makian2 dari dia. Tapi aku masih sayang sangat2 kepada isteri aku..




