assalam min.mohon siarkan kisah aku min. hide aku punye profile. aku nak mntak pendapat makcik2 bawang dan pakcik2 bawang semua. aku 13 tahun dah kawin. anak 3. masa mengandungkan anak ke3, tahun 2015 kami diuji. kami bergaduh teruk sebab 1 pompuan ni aku singkatkan jadi a je lah senang bff suami a ni bujang lagi 1 tempat keje suami. masa balik mengundi 5 tahun lepas, a pernah tumpang suami dari kampung ke bandr kami tinggal 6 jam perjalanan sebab ketenye rosak. adik a ada sekali, ok fine aku terima. A juga pernah datang rumah kami sorang2, sebab nak bincang pasal keje. aku masak kat dapo, dorang ala2 bff dok bincang kat rumah kami. ok fine.
pernah juga si a ni bawak mak ayah die datang rumah kami. motif sebab nak kenalkan kat mak ayah a, nk tunjuk yang aku ni baik dan tak kisah sebab bagi tumpgkan anak die mase balik kampung dulu… perghh…tapi aku fine lagi. time makan2 kat rumah a, open house raya, a dok tepuk2 bahu suami aku depan aku. aku perati je. bila tanya suami aku, die ckp tak ade pape. ok fine. Suamu aku selalu belikan makanan untuk a, alasan sebab 1 sekolah… beli untuk orang lain juga ok fine
macam2 lagi hal.. penat nak cite. sampai satu tahap, aku tak boleh tahan… kami bergaduh teruk. aku luahkan satu2 yang aku tak puas hati. dengan perut boyotnye. suami tetap bagitau dorang tak ade pape. aku sound dan pesan lepas ni jaga kelakuan tu, jaga adab kalau nak brkawan jangan sampai aku tawar hati.
lepas tu ok… Alhamdulillah… tempat keje pun dah tak same tapi still dalam daerah yang same… masah berjmpa kaoau time raya tapi dah tak ade tepuk2 bahu segala.
a pun dah tunang. Dan tak sangka a disahkan kene tumor otak. aku jadi kesian dan slow2 terima die smula, abaikan kisah dulu2, kawan la dengan a, tanya khabar a. sampaila tahun ni kami buat makan2. suami aku bagitau a minta suami aku jmput die. aku tanya orang lain tak ade ke? rmai lagi kan? suami cakap a nak datang awal, tolong aku kot… ok fine
tup2 bile tetamu dah ade, die sebuk nak jemput a. aku offer biar aku g ambil, suami nak juga pergi jemput padahal kawan2 dorang ramai je yang ade leh jemput a sebelum sampai rumah kami. menyirap juga aku mase tu… memikir tetamu dah ramai datang, aku boo layan je la.. aku suruh tiga2 anak ikut. pompuan tu dok depan. dah macam sesi memperkenalkan bakal mak tiri.
memang masa majlis aku banyak bersabar, memikir tetamu, kawan2 aku ade… dorang yang 1 geng tu dok berborak, smpai tak ingat orang lain. suami aku pun dok layan la geng die sampai tak nmpak dah tetamu lain yang nak dilayan. bergambar sakan ramai2, a dok sebelah suami aku… aku ade je kat depan, tak pelawa pun. aku wat rileks je.
kali ni aku out sangat2 sebab kali ke2 dorang buat aku macam ni. Aku buat status kat wasap dan fb status sindir2 la bila aku tengok a dah baca, aku delete status tu. ada kawan yang respond. 2 orang ok.
dorang cakap kat tempat keje a dok cite yang aku ni baik sangat, pinjamkan laki aku ke a, tumpangkn balik kampung. mak ayah a dah kenal aku.. Allah, malunya aku. aku selagi boleh nak tutup cite laki aku bagi tumpang tu, mak ayah die datang rumah, motif die bagitau orang segala tu wat ape?
kali ni aku tak simpan lama. aku direct terus tegur suami aku. dia macam biase, takde perasaan tetap cakap tak ade apa apa, die cakap die tak buat la semua tu. die cakap cek la hp tu.. memang suami aku ni kqlau bab hp, memang tak ade sorok2 pun. aku memang selalu belek hp die. Bile aku kate ape orang kate bila tengok abag bawa pompuan lain… die cakap tak payah fikir ape orang kate.
Bile aku kate tak yah la jaga hati bini ni… diam diam jah. aku tak puas hati sebab hati tengah panas. aku terima alasan suami 15% je.. memang aku out sgh2.. malam2 tak boleh tido, menangis je, melayan perasaan, solat tahajjud minta kekuatan dari Allah.
Entah macam mane, beberapa hari lepas kejadian, aku terpikir, kenape aku nak sesakkan hati aku. suami aku dah tegur, suami pun dah bagi jawapan die.. a ni aku tak tanya ape2. baik aku tegur die sekali sebab nanti smpai sudah die ingat aku tak kisah. aku pun hantar wasap ke dia, tegur sikap die, apa yang aku tak puas hati, pasal gaduh 4 tahun lepas pun aku cite. biar dia tahu sebab mende2 macam ni tak kan jadi kqlau masing2 jaga perlakuan, jaga adab berkawan. aku juga mintk maaf sebab tegur benda ni masa kesihatan die tak brape baik. lagi pulak sehari selepas makan2 kat rumah aku, tunang a men!nggal dunia. so aku tahu emosi die pun tak stabil tapi aku kene tanya, aku kene tegur juga sebab tak nak mende ni berlarutan. wasap yang aku bagi a, aku bagi suami juga. biar dia tau. masa aku bagi suami,dia diam je,tak ade ckap ape pun. a mnta maaf, die tak dangka selama ni aku kisah, aku terasa hati dengan kemasaraan dorang. aku cuma cakap aku maafkan tapi untuk lupa semua tu, memang ambulil masa sebab benda2 ni, aku makan hati.. hati retak buat kali ke2. aku kene pertahankn rumahtangga aku dulu walau apepun jadi.
Alhamdulillah, aku dan suami dah ok tapi kepercayaan aku kat die bukan lagi 70%…dah turuh jadi 50%. cuma sekarang ni tetiba aku terpikir, teruk sangat ke aku? patut ke tegur a tu? ye lah, die kan ade sakit tumor.. tunangkan baru men!nggal..tapi ayat aku tak laser pun, aku nasihat sebagai seorang kakak. makcik pakcik bawang.. sila komen dan bagi pandangan sikit. aku ni hati lembut.. time panas memang aku bagi terus.. bila dah sejuk, aku rase macam tak patut pulak aku tegur a tu.. tapi sampai bila aku nak makan hati tengok dorang macam tu, baik aku terus terang. hermmm Maaf karangan panjang sangat2




