Salam krt, aku nak cerita sikit tentang luahan aku nih sebelum tu tutup la nama aku ya, aku ni muda baru 19 tahun dah berkahwin. Masa bercinta semuanya indah terus decide untuk bertunang, time bertunang besar dugaan aku dapat smpai dah putus tunang lepastu family tak tahan dengan perangai kita orang, dorang suruh kahwin biar nak gaduh macamana pun at least dah serumah.
Lepastu kami kahwin bulan 5 haritu lepas kahwin tak sampai sebulan kami dah gaduh besar, sampai laki aku naik tangan, tapi aku sabar je aku telan sebab biasa la dugaan berumah tangga asam garam smuanya, lepastu kami ok tapi ada la juga gaduh teruk sampai aku angkat kaki duduk rumah mak aku, aku cerita dekat mak aku.
Haritu gaduh pasal makanan, Aku bagi sikit dia nak lagi aku bagi la semua tetiba dia mengamuk dia baran dia campak mangkuk kaca cawan kaca semua sampai kena kepala aku tapi aku halang lah, lepastu aku kena cekik kena tarik rambut sampai kepala membengkak kena sepak pakai tangan dia. Kau tahu la kekuatan lelaki macamana, tapi aku kuat aku tak melawan aku cuma pertahanakan diri tetiba dia cekik aku smpai nafas dah nyawa ikan nasib jiran kluar tolong leraikan.
Lepstu aku minta dia lafazkan talak 3 aku paksa tapi dia tak lafazkan. Aku kemas baju barang aku semua aku gerak rumah mak aku. Aku mengadu dekat mak aku. Jadi sekarang ni aku nak tahu adakah salah perbuatan aku? Tapi sebelum tu aku ada minta izin nak balik rumah mak aku sblum kita orang gaduh, tapi dah gaduh dia tak nak hantar aku naiklah grab. Berdosa ke?




