Assalamualaikum krt. Saya seorg isteri kepada suami yang cukup lengkap di mata saya. Mama kepada 3 orang anak. Alhamdulillah. Selepas diuji dengan wang ringgit. Tahun ke 7 perkahwinan kami. Allah bukak pintu rezeki untuk kami sikit demi sedikit. Masalahnya berpunca dari ex saya.. Sebelum kawen saya ada berkawan dengan seorang lelaki selama 6 tahun.. Putus disebabkan saya dah tak tahan perangai dia suka chat dengan ramai perempuan. Lama kelamaan saya terus tawar hati..
Tak lama lepas tu saya move on.. Dan jumpa suami saya sekarang dan decide tak nak kapel lama2. alhamdulillah allah pertemukan saya dengan suami saya yang terbaik untuk saya dan anak2.. Manakala ex saya masih tak move on.. Walaupun dia bekahwin tahun 2012 sama dengan tahun saya kawen tapi sampai sekarang dia masih cari dan pm saya di fbama kelamaan saya rasa rimasss dengan kehadiran dia yang saya yang anggap menganggu kehidupan saya dengan suami.
Sampai 1 hari tu disebabkan tak tahan dia asyik pm saya je.. saya warning dia.. Sekali lagi dia msj saya.. Saya akan bagitau isteri dia dan juga suami saya.. Lepas tu agak lama dia mendiamkan diri.. Start tahun ni dia kacau saya balik.. Tengah hari tadi kesabaran saya makin tipis.. Terus saya msj wife dia. Niat utama saya sebab tak nak ada makhluk yang merosakkan hubungan rumahtangga saya dan suami.. suami saya sangat menjaga adab dia dengan perempuan lain.. Tak tergamak saya nak buat jahat kat suami saya..
Lepas saya pm wife dia cerita semua yang suami dia masih terus menganggu saya. wife dia nampak agak tenang. langsung tak terkejut.. Tapi hati perempuan kan.. Siapa yang tahu. apa jadi antara mereka lepas saya cerita kat wife dia. saya tak nak amik tahu. Untuk lelaki yang rasa bosan dengan wife sendiri.. Plzzz la sebelum buat sesuatu pikir akibat akan datang. Hati perempuan ni sekali dia remuk. Sekali dia tawar hati.. Buat la apa pun.. Dah tak guna. Pikir la.. Wife awak tu yang jga awak. Lengkap.. Serba serbi.. Tolong hargai..
Awak orang lelaki nak lengkapkan keperluan isteri atas bawah sangat mustahil.. Kadang2 isteri ni pendam je nak beli barang keperluan sendiri. sampai terabai.. Baju setahun sekali nak tukar pun payah.. Tapi isteri ni jaga keperluan suami.. Keperluan anak2.. Keperluan rumah.. Serba serbi lengkap.. Sampaikan keperluan diri sendiri terabai.. Jadi tolong lah hargaiiii isteri awak.. Sebelum awak hilang isteri dan anak2..




