Salam. Sorry min aku guna fake FB.
Mohon siarkan kisah aku ni. Tak tahu mana nak mula. Mungkin agak panjang coretan aku ni. Perkahwinan aku baru menjangkau 8 tahun. Kami bernikah atas dasar suka sama suka. Bercinta tak lama. Masa bercinta (couple) aku dah kenal dengan MIL aku. FIL aku takde. Dah berpisah dgn MIL. MIL aku baik orangnya. Cuma 1 je. Mulut dia. Dia suka buruk-burukkan orang lain. Dan suka menyampai cerita. Sejenis melodi meletops haaa gituhhh. Masa bercinta, kali ke2 keluar ber3 (aku, suami,MIL) dia dah mula bercerita pasal biras aku (wife abg ipar). Pendek kata, semua yang buruk pasal biras. Sampai tanggapan aku pada biras pun buruk. Tapi bila dah jumpa makan semeja dan seterusnya jauh langit dengan bumi apa yang diceritakan. Nak je aku minta maaf dgn biras aku sebab salah tafsir sikap dia. Huhu. Sorry kak.
Masa aku pregnant anak 1st, paling banyak aku makan hati. Bukan dgn suami. Tp dengan MIL. Aku suami isteri bekerja. Jadi hari minggu je ada masa untuk beli2 barang. Memang MIL aku ni pemurah. Brg2 baby boleh dikatakan 80% dia yang beli dan sediakan. Aku cuma beli kain baju sahaja. Alhamdulillah. Brg baby dah lengkap. Brg aku je belum terbeli. Set2 pantang, pump susu dan sebagainya. Minggu demi minggu suami aku janji nak bawak beli. Tapi mesti tergendala akibat agenda MIL aku ni.
Dan suami aku ni memang lah seorang anak y sangat2 baik. Sekali pun takpernah menolak permintaan mak dia. Aku pun terpaksalah ikut. Penat takleh merungut takleh buat muka. Nanti MIL aku merajuk dan ajak balik. Dan perli2 “baliklah! kesian mak yong taklarat nak jalan”. Agak la weh, dr pagi keluar berjalan sampai kedai tutup. Penat kot. Last2 semua brg2 pantang aku beli sendiri sama ada ke kedai berseorangan atau beli online sahaja. Haha. Redha aje lah.
MIL aku ni kadang2 jelas dan nyata nampak dia jeles. Kenapa? Aku perasan bila kami balik rumah org tua aku (singgah je pun, bukan bermalam) boleh dikatakan setiap setengah jam MIL aku akan call suami aku. Masa tu lah nak ajak keluar, masa tulah nak pergi klinik, masa tu lah kereta nak rosak. Hurmm. Drama. Aku tau. Org tua aku pun tau. Tapi kami buat pekak dan buta je.
Rumah org tya aku dengan MIL dekat2 je. 1 negeri daerah je sebelah-sebelah. Padahal aku singgah rumah org tua aku sebulan sekali atau 2 bulan sekali je. MIL aku? Boleh kata setiap minggu. Mesti keluar dengan kami. Aku ok je. Sejenis ikut rentak nak ambik hati. Ikutkan MIL aku, semua perayaan semua dia nak bolot. Balik kampung dia atau ikut dia pergi mana2. Ok. Boleh mak. Boleh. Itulah aku. Comel kan? Hahahaha.
Aku pregnant anak ke 2. MIL aku punyalah bising dan marah, dia cakap aku tak pandai planning. Allah. Jarak 4 tahun kot. Apa yang dia kalut sangat? Aku buat pekak je. Biasalah org tua. Mgkin dia takut aku tak terjaga anak2 aku nanti. Atau tak cukup belanja. Hehe. Skang anak no 2 aku dah besar dah comel dia pulak y sibuk cakap tu cucu kesayangan dia lah ape. Adoii. Lawak.
Pendapatan isi rumah aku laki bini lebih kurang 15k. Nampak banyak. Tapi komitmen pun banyak.
Yang aku geram. MIL dia seolah tak nampak y aku pun bekerja bantu suami. Dia cuma nampak anak dia sahaja yang menyumbang tenaga banting tulang cari duit. Kalau aku bagi duit kat org tua aku pun MIL aku bising. Aku pernah dengar ceramah, isteri yang bekerja duit gaji dia hak dia. Suami takde hak. Apatah lagi MIL kan? Ni tak. Dia sibuk nak ambik tahu. Sebab duit rmtaktaktak (tu pun aku sedih sebab tak mampu nak bagi banyak sedangkan aku mampu. yang aku hulur kt org tua aku buat anak dia jadi habis duit. Eh. Mental aku dibuatnya.
Hujung tahun lepas aku bergaduh dgn MIL. Sebab? Mungkin silap tu banyak dari pihak aku kot. Entahla. Malas nak tuding jari. Malas nak cari salah sape2. Aku anggap la semua tu aku yang puncanya. Ikutkan sakit hati, ego, nama dan maruah keluarga aku yang dihina dicaci memang tak sanggup aku nak minta maaf. Tp sebab aku syg suami aku. Aku letak tepi semua tu. Aku minta maaf. Dan macam tu lah. Maaf tak bersambut. Biarlah.
Dan sekarang ni yang aku pelik. Sangat2 pelik.
Tiap kali suami aku keluar ber2 dengan MIL, balik dari tu mesti suami aku jadi dingin. Jadi baran. Nak maki2 aku. Ataupun ignore aku 100%. Pernah juga suami aku cakap dia tak de hati dengan aku. Dan berniat tunggu masa yang sesuai untuk lepaskan aku. Lama2 sikit dia ok balik. Tapi bila lepas keluar dengan MIL aku, balik2 dia akan ulang perkara y sama. Berkali-kali. Sampai aku sendiri rasa penat. Penat untuk pertahan rumah tangga aku. Tapi aku syg sangat dekat suami aku. Sangat2!! sampai bila nak macam ni?
Suami aku sangat2 baik orangya. TAKpernah abaikan tgjwb dia. Walau aku bekerja, duit nafkah tiap bulan takpernah miss. Dia layan aku layan anak2 semua ok. Bukan sejenis melepak. Banyak masa dihabiskan dgn aku dan anak2. Dan aku bukanlah queen control. Dia nak pergi mancing ke futsal ke cycling ke takpernah aku halang. Galakkan lagi ade lah. Sebulan sekali kami akan ambil cuti dan dating ber2. Buat macam zaman bercinta. Tapi kenapa? Bila dia jumpa je MIL aku dia berubah 180 darjah. Hurmm.
Ke aku yang sensitif?




