Assalamualaikum.. Admin tolong hide profile.. terima kasih.. sekarang ni saya ada masalah komunikasi dengan pasangan. Suami bila bercakap dengan saya, suara macam halilintar. Tak pernah slow slow. Sebagai contoh :
Saya : Abang boleh tolong pergi pasar tak?
Suami : Kau ingat sekarang tak jem? Nak cari parking lagi, ingat senang??
Dah lah suara meninggi, pandangan pun macam nak makan saya. Situasi macam ni sering terjadi setiap kali saya bercakap dengan dia sehinggakan anak saya umur 2 tahun tiba tiba menangis bila dengar ayahnya bercakap.
Lagi satu saya paling tak suka suami sering malukan saya depan orang sebagai contoh semasa membayar di kaunter pasar raya. Saya pernah kena tengking depan cashier dan pelanggan yg lain disebabkan sy terambil barang yang tak ada tanda harga/bar code.
Memandangkan suami ni suka berkasar dengan saya dan apa sahaja yang keluar dari mulut dia menyakitkan hati saya, saya kurangkan bercakap dengan dia. Saya cakap benda penting saja. Tapi bila saya diam, mula lah suami cakap ” kenapa kau diam?” Dan bila saya jawab ” tak ada apa” dia tak puas hati. Ada saja yang dia cakap yang menyakitkan hati sampai saya bercakap.
Semakin hari saya semakin tawar hati. Manakan tidak, Bila dia bercakap dengan kawan dalam telefon, siap gelak lagi. Bila dengan saya, semua nak menang. Itu ini tak kena. Lepas tu sentiasa pegang hand phone. Alasan, bab kerja. Then bila kami gaduh, dia akan marah anak anak saya. Hempas pintu, tolak badan saya. Loser.
Bila saya kenang balik, sebelum berkahwin suami yg terkejar kejar saya walaupun saya tak layan. Biarpun masa tu saya reject, dia tetap tackle saya. Bila dah dapat, macam ni pula layanan dia. Hebat! Lakonan dia buat saya merana kerana tersalah pilih.
Mentang mentang saya anak yatim, dia buat saya macam ni. Dia tau saya tak ada tempat mengadu. Tak apalah. Saya sabar kerana Allah.




