Nasib aku tak sebaik orang lain. Dan mungkin tak seburuk yang lain. Tapi aku dh tak tahan dan tertekan setiap hari. Kawin selepas tamat degree. 23tahun. Seminggu sebelum majlis aku nak batalkan,tapi tak jadi. Teruskan jua sebab aku fikir tu cuma bisikkan syaitan. Aku letakkan harapan. Padahal masa aku kenal dia hati aku dh berkali2 remuk kemik sakit hati, dgn peragai dia suka menipu, bila salah dia buat macam takde apa yang jd, then, say sorry. Aku dah tolak dia mentah2. Tapi dtg merayu melutut.. Masuk pinang semua. Sampai semua jd sekelip mata! Ya mmg aku bodoh masa tu. Mentah.
3 bulan lepas nikah, parent dia matti. Sejak tu dia tak peduli aku ni wujud. Murung, badmood, segala benda dia utama keperluan keluarga dia. TAK kisah la tgh kerja kalau diorang suruh balik, segera tu dia akan balik ke utaqa, sedangkan dia kerja di hujung selatan.
Tapi bila aku sakit sampai tak boleh bangun sebab ketumbuhan dlm perut, dr tghari aku suruh balik dia cuma ckp ok ok, ya ya. Tak balik2 sampai 9 mlm. Aku dh peluh2… Dah balik dia buat bodo macam tak tahu apa2. Kami bertekak. Then baru bawa ke klinik. Aku kecewa dan rasa tak adil hak aku sbg isteri cm tu.
Oprate buang ketumbuhan, mak ayah aku yang tanggung. Keadaan sama beterusan sampai aku mengandung 6 bulan, yang utama adik dia. Pantang sakit sikit terus balik cuti mc 4 hari. Tapi aku yang mengandung sakit tak de dia cuti!
Sampai ada anak, anak aku demam, ditingal aku kontang kanting yang jaga, dia? Balik kampung. Bila aku bersuara dituduh aku macam2 sja buat hal. Sj tak suka family dia. Aku tertekan. Aku bukan tak suka, tapi kenapa aku dilayan cm tu. Belakang dia family dia ckp pedih2 kat aku, depan dia.. Manis!
Aku tak kisah kalau mak dia nak call dia 5 kali sehari tapi aku tak tau bila call mesti dia berangin kat aku, sekarang mak dia dh tak call, alasan sebab nanti aku tak suka.
Helooo aku tak ckp apa2 tapi mak dia suka play victim. Then aku mangsa! Aku tak nak lah terlibat drama korang. Huhu. Dia ni dtg dr family yang biasa, mak ayah dia selalu gaduh, silap aku pilih orang cm tu kot. Dh lepas kawin banyak family aku hulur dan tolong, bukan nak hargai aku, aku dijadi macam sampah, macam aku pulak yang menumpang family dia.
Aku tak kerja. Lagi dipijak2 aku. Diugut2 aku. Aku benci. Aku ada hak nak bahagia tapi kenapa aku tersepit macam ni. Aku nak keluar. Tapi aku tak kuat! Aku sesak. Rimas. Aku minta dilepaskan, tapi tak lepas. Tapi disiksa. Dihukum. Dgn perangai dia. Aku ckp pasal solat, dia ckp aku sembang agama macam aku bagus! Aku tegur apa salah dia, dia akan jwp arhhhhhh kau pun salah. Bila aku tnya apa salah aku, dia kata aku tak buat kerja rumah. Banggang, kalau bukan aku yang buat kerja rumah, baju anak sapa basuh, mandi anak, makan anak, hantar ambik anak sekolah, anak demam 3 hari, 3 hari la aku tak tidur. Dia?? Tidur mati!
Aku sakit hati gila! Aku bukan jd bini utk jd orang gaji. Aku pernah masuk hospital, time tu jugak anak aku sakit, aku yang jaga! Dia?? Lena membabi buta. Paling aku sakit hati depan orang depan family dia buat macam dia yang uruskan anak semua. Aku dah tak tahan. Benci. Tapi aku tak mampu nak buat apa. Rimas! Bg aku kalau tak suka lepaskan. Kenapa nak siksa aku, seolah saja tak nak aku dpt kebahagiaan lain. Hidup aku dah la ke a kongkong. Aku hilang semua kawan. Baik pmpn atau kawan laki lagi la… Mmg haram terus. Aku tak kisah.
Tapi dia tak jaga aku elok pun. TAK layan aku macam isteri pun. Bila aku ckp dia ada pmpn lain dimaki aku, dimaki mak bapak aku, dasar jantan tak tahu malu. Masa nak aku punya manis depan family aku. Oh. Sekarang ni depan family aku dia berlakon. So takdak sorang pun yang tahu derita aku. Ikutkan aku nak bgtahu. Tapi aku taktahu apa ptt aku buat. Sesak dada aku. Banyak benda yang aku lalui aku tak larat nak tulis. Hidup dan masa depan aku musnah lepas aku kawin dgn dia!
Dia gaji takde la besar makan 5k je. Tapi angkuh bongkak. Dgn kawan2 dia..semua dia nak hebat, lg dipuji lagi melambung, anak bini ditolak tepi. Tapi bila aku nak minta tlg orang lain dihalang ckp memalukan dia, tapi dia haram tak kisah. Mmg boleh gila aku macam ni. Dia keluar melepak dgn kawan boleh, dia menipu aku semata2 nak berparty boleh. Bila kantoi buat2 heran.. Buat2 tak salah then sory. Dia ckp kat aku dia meeting tak bole balik minta maaf, tak dpr hantar anak tution. Aku hantar. Then aku kol tak jwp2.. Bila aku tgk fb kantoi dia mkn dinner ramai2 dgn kawan.
Aku sakit perut, aku gagah diri antaq anak tution. Dia tau aku sakit! Tapi dia tak peduli aku, siap menipu aku lagi! Macam mna aku tak sakit hati. Mmg ni perangai dia suka menipu! TAKde hati perut kat aku. Habis aku ni apa sebenarnya?? Tempat lepas nafsu yang halal? Kalau cm ni baik dia pi langgan pelac*r dr aku yang makan hati jd bini atas kertas cm ni. TAKde kasih syang suami! Aku tak pernah kongkong dia. Tapi dia suka menipu aku!
Masa aku pantang anak, dia main futsal dgn kawan sampai 1pagi, ada sekali janji nak pi 2 jam.. Anak dia nagis aku kol minta balik, dia cakap ya otw balik, tapi 4 jam selepas tu baru sampai rumah. Macam mana emosi aku??
Baru ni anak aku dh 5y dia tengking2 sebab aku n anak nak ikot dia pi main futsal. Sedangkan masa awal dia yang offer nak ikut tak dia nak pi tgk team opis main, aku tau tu tektik dia bg tau aku dgn harapan konon dia jujur dan aku ckp tak nak ikut. Tapi aku saja ckp nak ikut dgn anak, balik je rumah nak ambik aku dan anak, dia marah3, stokin la kasut la.. Tengking2 aku. Sampai aku pelik apa hal. Then dia ckp aku sja nak gadih sebab nak bg dia lambat, taknak bg dia main, sja halang dia. Apa jadahnya. Aku dh siap awal lagi. Dia yang balik nak bebal2. Then salah aku. Aku tak boleh hadam laaa benda gila macam ni.
Aku rasa dia mental, takpun dia gila. Aku betul2 tertekan jd isteri dia. Sejak kawin aku dh tak macam dlu. Sebab hidup aku banyak sgt sedih. Aku perasan muka aku dh murung. Aku jd putus asa. Aku rada down, rendah diri. Kenapa nasib aku macam ni. Sedangkan dulu aku happy seorang yang happy go lucky. Kenapa aku perlu hidup dgn orang yang siksa aku.
Dia suka ugut dan mainakan emosi aku, dia kata aku kalau cerai dgn dia, takkan ada orang kawin dgn aku. Janda. Mana ada laki nak pmpn janda. Habis takkan aku terpaksa hidup tersiksa? Janda lagi bagus dr ada suami gila.
Anak. Ya aku tersepit soal anak. Dan aku tak kerja. Anak aku pulak budak yang byk ckp, byk soal. Aku tak kuat. Tapi aku tersiksa. Sekarang ni dia lagi suka herdik aku, aku sakit aku demam atau apa je tak dia endah. Bila aku ckp aku sakit, dia akan balas, so?? Dia bukan doc. Kalau nak pi doctor bgtau, kalau tak nak sudah. Tu ke layanan isteri ptt dapat? Oh, tapi time dia sakit, Terhegeh2 suruh aku itu ini. Ya aku pernah buat tak tahu. Aku letak semua atas meja aku ckp dh sedia. Tu je. Tapi lepas dia sihat dia ungkit berbulan2 aku tak wat tugas aku. Habis yang aku sakit dia buat cm tu? Lupa? Bila aku cakap… Dia ckp aku suka cari salah.
Aku ada sekali niaga menjadi, sebulan 10k.Tapi malang nya, aku wat sorang dgn ur bungkus oder pos segalanya sambil jaga anak menyusu anak, dia janji nak tolong, tapi har*mmmm. Time aku kalut dia buat hal, cari pasal bg aku stress, the end niaga aku terbengkalai. Aku tertekan!
Ya allah gila aku cm ni. Kenapa mesti ada manusia cm dia hidup kat muka bumi ni. Kenaoa mesti aku jd mangsa. Ya tak baik aku ckp cm ni. Tapi aku dah tahap tak bole terima! Aku bkn nak hina, tapi dia spesis tak tahu bersyukur. Ovesea 4 5 buah negara lain pergi bercuti tapi atas ehsan keluarga aku, pernah dia hargai? TAK.
Siap buat bagusss depan kawan2. Ckp kt aku ahhhh semua tu takda nilai dia pun bole pi sendiri sebenarnya. Kepala otak dia, duit susu anak pun aku yang tampung. Duit kereta minyak makan aku yang tampung. Ya allah dewa ego apa manusia ni. Aku dh letih berlakon depan semua! Penat! 7 tahun aku tak kerja. Apa aku boleh buat? Aku ada biz kecil2 tapi bukan pendapatan tetap.. Aku nak buat apa? Ada lagi ke kebahagiaan dna masa depan yang cerah utk aku?
AKU TAK MINTA KORANG KECAM. DAN TOLONG JGN CKP BENDA TAMBAH BEBAN AKU. Aku minta TOLONG TOLONG TOLONG SELITKAN AKU DALAM DOA KORANG. SUPAYA AKU BAHAGIA DGN ANAK AKU, DAN ALLAH PERTEMUKAN AKU DGN SUAMI YANG KASIH SAYANG AKU SEADANYA AKU, JUJUR DAN MEMBIMBING AKU KE JALAN ALLAH DGN IKLAS.




