Hi admin. hide profile ni yea. Ini fb kwn aku. Firstly, saya lelaki non muslim sudah berkahwen. Sebelum tu maaf kalau penulisan aku tidak betul kerana aku jarang menggunakan bahasa melayu. Masalah aku begini, saya sudah berkahwen 7 tahun dan umur aku pun sudah 40-an lbih. isteriku 37. kalau di tanya mana2 lelaki pasti mahukan hubungan intim bersama isteri kan?Yea aku juga mau begitu. Sebelum aku berkahwen dengan isteriku,aku merasakan hidup aku sama seperti pasangan lain, ada hubungan intim bersama isteri dan untuk pengetahuan semua sebelum aku berkahwen dengan isteriku. aku tidak pernah berhubungan sek*. Aku respect isteriku kerana itu kesucian isteriku dan lepas berkahwen kali pertama aku bersama isteriku dia masih dara. Syukur!
Akan tetapi, isteriku tidak gemar melayan aku dan selalu mengelak. Bila aku cuba belai dia, katanya aku buang tabiat. aku lelaki gatal. Maaf aku tanya adakah gatal bersama isteri tidak boleh?Bayangkan selama aku berkahwen bersama isteriku,boleh aku bilang dengan jariku berapa kali aku bersama isteriku berhubungan itupun seperti aku mendesak dan sperti aku sangat dayus..Tahun ni, belum pernah aku bersama dia. Nfsuku pada isteriku pun da berkurang.Tidur 1 katil bolster ditengah. pillow aku jadikan bantal peluk. Isteriku juga begitu. adakah pasangan berkahwen seperti itu.?
Masalah aku yang kedua ialah isteriku tidak pandai ambil hatiku. Tahun pertama its okey, bagiku dia masih belajar untuk membantuku membuat kerja rumah seperti membasuh baju, jemur baju or lipat kain baju. Aku tahu itu bukan tugas seorang isteri dan aku tahu juga isteri aku bukan hamba aku untuk aku sruh dia buat begitu. Tapi salahkah seorang isteri membantu suami? seminggu aku outstation, seminggu itu la kain baju tidak dibasuh. kain tidak dilipat. aku sendiri yang buat smua tu. Salahkah seorang isteri kurangkan beban suami? baju kerja aku sendiri aku iron, aku sapu sampah buang sampah..aku da tak larat brbincang dengan isteriku. Hari bincang, esok okey la berubah kejap.
Minggu depan sperti biasa semula. Hari2 aku mkan luar, aku tak pandai masak. Sometime my mom kirimkan makanan fav aku.aku balik makan bersama dia dirumah. Dia jarang sekali masak untuk aku. Selama berkahwen kami selalu makan luar. Ini ke alam perkahwenan sebenar??X berubah seperti zaman bujang. Aku ingat dia bleh kurangkan beban aku. memahami aku. if rumah ada anak kecil aku boleh faham tapi mcam mna nak anak kecil sedangkan nak bersama pun sangat siksa.? Rumah kami hanya kami berdua. Aku balik dia menonton cerita korea, dan mngadap hp..
Dalam melayan kedukaan hati,aku cuba mencari orang lain. Pasti orang akan salahkan aku. asal isteri buat hal, aku cari perempuan lain. aku berkahwen untuk dibelai, kurangkan beban aku. aku bukan minta dia melayan aku 24jam tapi x bleh ke luangkan skit masa untuk aku? Masa aku outstation di kl aku mengenali seorang perempuan melayu orangnya biasa2 ada status OKU Kalau nak dibandingkan dia dengan isteri sudah pasti isteriku lebih cantik dari dia.
Umur perempuan itu 30 tahun. Masih bujang, tapi baru ptus tunang. Kami berkawan selama 1 tahun. aku sangat snang dengan dia..dia tahu aku sudah berkahwen tapi dia sellu menasihati aku supaya berbincang dengan isteriku..Tapi selalu bwa kepada pergaduhan yang pasti wanita mesti menang n aku jua dpersalahkan. Dipendekkan cerita,aku kantoi dengan isteriku..isteri aku mngetahui yang aku mempunyai perempuan lain..Dia mengamuk,dia salahkan aku atas semua benda. Dan hal ni diketahui oleh famly masing2.Dan my parent salahkan aku. tapi aku luahkan pada my sibling n my parents aku..apa yang menyebabkan aku mencari perempuan lain..mereka amat terkjut dan tidak sangka selama ni aku bnyak makan hati.
Last year my dad sakit nazak,aku n my sibling ambik keputusan untuk menjaga my dad di hospital. Siang aku kerja n malam aku jaga di luar wad kerana pnjaga x boleh tidur skali pesakit. Selama aku sibuk mnjaga my dad, isteriku tidak pernah jenguk my dad. tanya khabar pun tidak. Dan aku tak sangka perempuan melayu itu yang datang bawa makanan untuk aku n family. Perempun melayu itu la banyak bantu kami dari segi kewangan, menemani my mom, masak untuk kami skeluarga. Sampai my mom anggap dia sperti anak dia sendiri.
Dia sangat pandai ambil hati family aku. Seminggu bermalam di hospital, doc mngesahkan my dad pass away. Perempuan melayu itulah yang setia bersama family ku.. beri kata semangat kepada my mom. Aku sngat tertarik dengan keperibadian dia. Isteri aku? Masa aku call bagitau my dad pass awat baru dia dtang visit my dad?aku da jadi tawar hati, sangat tawar hati. Isteriku sikit pun dia x dtg pluk my mom. Paling kurang bersama fmly aku tapi tidak dia lebih pentingkan kelas dia untuk mngajar student. tidak boleh ke dia ambil cuti kecemasan? bukankah yang pass away itu ayah mentua dia? Sejak dari situ hati aku da mati untuk isteriku..Jadi sangat tawar hati.
Aku mula tertarik pada perempuan melayu itu namanya samaran dia Nur. Maksud nur dalam islam “cahaya” kan?Yea dia memang membawa cahaya kepada kluarga kami. Dia tahu aku suka pada dia dan aku merasakan dia jua suka dengan aku. Sampai skrang dia selalu bawa my mom kluar, ambil hati my mom. n my mom juga syang dia. Aku nekad untuk berkahwen dengan nur. Tapi nur taknak if aku masih berstatus suami orang dan aku juga tahu aku tidak boleh berkahwen dengan nur kerana perbezaan agama. Aku nekad untuk memiliki nur. disaat aku tak ada, nur yg byk melayani my mom. my sibling agak sibuk n hanya mluangkan msa brsma weekend shaja. tapi nur after dia balik kerja or free pasti dia dtg mlwat my mom if x jupe dia akan call n wassap my mom tnya khabar.
Aku benar2 jatuh hati pada nur..Aku perasan, nur pandai ambil hati orang sekeliling. Uncle n untie aku banyak memuji nur. kebaikan nur melayan kami wlaupun kami berbeza agama. Nur masak untuk kami skluarga. masakan nur sangat sedap. rmai yang memuji. walaupun banyak kekurangan nur dari luaran tapi aku x pernah nampk kelemahan itu. bagi aku nur sngat sempurna. Skrang aku nekad untuk berpisah dengan isteri aku. Rapi hati aku jadi kasihan pada istriku. wlpn hakikatnya aku da x ada hti lagi. Dan aku risau istriku akan buat keputusan bun*h diri lagi..
Macam mna aku nak slesai mslh aku..aku skarang belajar mndlami islam, aku buntu mcam mna nak berterus terang pada isteriku. if aku bagi peluang pada isteriku ketahuilah ini pluang ke 100 kali da. Tetap sma, aku Nak juga merasa bahagia. aku xmau hidup aku ibarat penjara selalu dikongkong. Tidak dihormati isteri. Bantulah aku. Apa yang harus aku lakukan. adakah aku perlu makan hati sampai mati?




