Salam… tolong hide profile saya.. kisah saya ni tak ade la rumit sangat cuma nak minta pendapat. saya asal dari pantai timur dan menetap di shah alam. saya berkahwin dengan warga asing. alhamdullih kami berkahwin mengikut undang2 malaysia. kami belum di kurniakan rezeki anak. Dulu mula2 kawin saya malu nak keluar jalan2 dgn suami. Saya takut orang pandang hina, takut orang mengejek. Tapi itu dulu, sekarang saya boleh terima dengan hati terbuka.
Dulu mula2 kawin ada juga brgaduh , yela pertembungan 2 budaya. tapi kami perlahan2 belajar untuk menerima dan belajar cara masing2. Suami lah yang lebih banyak brsabar dan mengalah.
Dulu ada juga keluarga yang mengutuk di belakang. Ye la berkahwin dengan bangsa yang hina di malaysia. Tapi sekarang semua buka mata dengan kejayaan suami saya. Suami saya banyak menolong ibu ayah dan adik bradik saya yang susah min. Saudara mara juga bnyak yg brhutang dgn dia min.
Min saya ni kalau sakit hati dengan suami saya akan menyumpah seranah lepas tu saya menyesal saya trlalu ego. Saya selalu mengungkit dengan suami. Saya selalu cakap yang dia boleh hidup senang sebab dia kahwin dengan saya rakyat malaysia. Saya tahu dia sedih. Dia pesan suruh solat 5 waktu.. tapi2 kadang2 saya culas. Suami trlalu sayangkan saya. Apa yang saya minta dia bg yang trmampu. Saya tak perlu masak, kalau malas nak kemas rumah pun xper. Tapi tu la saya ni kadang2 jadi xsedar diri, rasa boleh hidup tanpa suami dan selalu minta cerai. Tapi Saya tahu saya xboleh hidup tanpa dia.saya nak berubah dan nak nasihat yang baik. Tapi xtahu nak luah kat siapa dan rasa malu
Tahun lepas suami hadiahkan menunaikan umrah sempena ulang tahun perkahwinan kami. Dan tahun depan suami cakap kalau ada rezeki dia akan bawa kami dan ibu bapa ku untuk umrah sekali lagi sempena ulang tahun perkahwinan kami . Ya Allah syukur ke atas nikmat mu kerana anugerah aku suami yang baik dan bertanggungjawab. Tolong jangan kecam saya sebab kawin dengan warga asing. Allah dah tetapkan jodoh saya dengan orang yang beribu batu jauh nya.




