Salam min boleh tak admin sorok identiti saya. saya nak luahkan rasa dukacita saya sgt2. saya faham gurauan seorang ayah kepada anak2nya. tapikan perlu ke bergurau sampai geletek kat dalam lubang punggung anak perempuan..
Saya marah sangat min. saya kerja bahagian pra sekolah setiap hari guru menasihatkan murid prasekolah jangan benarkan sesiapa menyentuh bahagian sensitif anak-anak bahagian dada, kemaluan dan punggung tapi depan mata saya semalam suami saya buat sedemikian pada anak perempuan saya bila saya menasihati dia. Dia kata dia tahu apa dia buat. Tapi itu kan bahagian sensitif mana boleh sentuh saya tunjuk bahagian sensitif kanak2 yang tidak boleh sentuh. Baru dia diam. saya cakap kat dia kalau dia sentuh lagi saya tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.
Dia ug*t saya dia kata siapa yg boleh jadi saksi nak bersaksikan kanak-kanak memang kes tak akan laku. saya tahu dia lawyer yg berlagak pandai tapi sebenarnya bod0h. saya kata saya tak kira kalau masih perkara sama berulang saya sanggup mintak cerai. kalau rasa nak pertahankan rumah tangga tolong jangan buat sedemikian lagi. Untuk ppengetahuan semua nasihat saya kepada ibu bapa tolong la lepas ni ajar anak-anak bahagian mana yang tak boleh disentuh oleh bapa, pakcik, makcik atau sesiapa sahaja. dan pada ibu jugak mintak peka terhadap anak terutamanya anak perempuan jangan terlalu percaya 100% pada suami untuk mengendalikan anak-anak. Tambah-tambah time mandi, tukar pampers atau kejutkan anak.
Saya tanya anak saya sendiri banyak kali ke ayah buat macam ni anak saya kata dari umur 6 tahun saya bagi tahu anak ayah memang sayang kamu tapi kamu kena ingat dan lepas ni kalau ayah sentuh bahagian dada ke punggung ke, atau kemaluan tolong jerit kata ayah ni kemaluan saya ayah tak boleh sentuh atau tolong bagi tahu mak. bagi yang ada baby yang tidak pandai berkata-kata seelok-eloknya kita sebagai ibu uruskan sendiri untuk bahagian mandi dan tukar pampers kita tak tahukan suami kita macam mana.
Depan nampak baik belakang anak pun boleh jadi lauk. bukan saya nak salahkan lelaki tidak semua yang macam tu tapi kebanyakan sekarang tambah-tambah yang educated tolong la jangan pecaya pada suami..cemburu dengan anak-anak tu penting..kesian saya tengok anak saya..saya harap tiada kesan yang tidak elok pada dia kelak..saya harap suami saya insaf..kalau tidak insaf jugak saya rela mengudur diri demi anak-anak yang saya kandung. sekian luahan hati saya




