Kisah rumahtanggaku yang dilanda badai,,
Saya baru 22 hari jalani pembedahan buang fibroid dengan rahim sekali, Pada hari ke 12 sis masih dlm keadaan sakit suami tanpa teragak2 memberitahu ada kekasih dan akan kawin, Sis sudah berumahtangga 6 tahun dengan suami ni duda yang ada anak 3, isteri pertama meninggal,susah senang jatuh bangun bersama2 membesarkn anak2 suami, isteri mana yang suka dimadu?Allah nak tunjukkan apa yang tersembunyi selama ni hinggalah sis ternmpak suami berjumpa perempuan tu, sis apa lagi, bertubi2 pertanyaan yang keluar, Suami tergagap2 mengaku dia kekasih lama dulu dr arwah isteri ada.
Perempuan tu dengan lasernya mengaku memang dia syangkan suami sis, memang dia yang izinkan suami kawin dengan sis, hamboii ingat dia siapa? kau yang pegang jodoh orang ke? sis memang tak boleh terima ni semua sebab rasa dikianati suami sendiri, kenapa korang tak kawin je dulu? masa anak2 berhinggus lagi? Alasan pmpuan tu muda takde pengalaman jaga anak, poorahhh, sekarang selepas anak2 suami dah besar2, selepas aku dah dibuang rahim baru kau nak muncul? cantik sungguh permainan kau dengan laki aku,
Laki pulak, alasan tak bahagia, cehhh,, tak bahagia konon, ambik cermin tu belek2 muka tu, sis memang susah nak redho atas apa diorang buat blkg sis, laki pon, nak kawin lain tu carilah yang lebih baik dan solehah baru sis rasa aman, sis akan hormat orang yang orang sis, tapi bukan pmpuan yang buat hubungan senyap dengan laki sis, cuba hak awak dikacau orang, kau rasa? nak rebut laki orang ke, nak ganggu rumahtangga orang ke pikir masak2, sis masih boleh bawa berbincang lagi ni, yang takleh terima tu, semua hal dlm rumahtangga sis dia tahu, siapa lagi yang bg info?, laki yang aibkan isteri tu tau kn apa hukumnya,
Jadilah laki yang tahh kenang budi, tahu bersyukur, tahu berterima kasih, bukan jadi manusia hati perut busuk, pmpuan pon sama, kau tu lom penah kawin lom penah ada anak, jadi, pergila cari life sendiri, buat apa nak porak perandakan rumahtangga orang, ramai je bujang ke duda kat luar sana, Bagilah kami ni hidup tenang2 dengan family kami.




