Assalamualaikum warga KRT. Saya dan suami bakal bercerai tak lama lagi. Suamiku lebih memilih perampas tu dari kami anak beranak. Saya tahu memang sukar. Buat yg sama situasi dengan saya, boleh beri kata2 semangat tak untuk saya teruskan hidup bersama anak? Sekarang tgh kerja.. Tapi memang kekok sebab anak masih kecil.. Terpaksa bagi pengasuh yang jaga.. Anak selalu nangis kat rumah pengasuh.. Cari saya.. Tapi saya tetap kuatkan semangat untuk teruskan hidup dengan anak.
Mungkin permulaan yang perit.. Saya redha dan ikhlas.. Suami saya dulu orang susah bersama2 dengan saya tapi bila dah senang dan dah ade kerja tetap Kami dibuangnya sedangkan dulu dia yang terkejar2 kan saya tapi sekarang dibuangnya macam sampah tak berguna. Takpelah. Kifarah Allah tu ada. Buat perampas, awk masih isteri orang, dalam jadi isteri pun awak boleh curang dibelakang suami awak. Lepas tau suami saya ada rupa, ada kerja elok, awk buang suami awak.. Memang sepadan lah korang..
Saya rasa kesetiaan saya tak layak untuk dia. Dan awak perampas, ingat satu je, dia dapat semua ni berkat rezeki anak bini dia dulu, tak mustahil nanti rezeki korang lagi berkurang. Itupun kalau akhirnya awak bersama dgn dia. Buat suamiku, terima kasih atas 5tahun perkahwinan kita. Tak sangka, saya orang yg bodoh sama2 susah dengan awak, dah senang awak terus buang kami jauh2.. Ingat Allah tu ada.. Terimakasih atas penderitaan yang korang beri.




