Assalamualaikum admin. Minta tlg hide fb saya. Saya ada satu cerita and nak tanya semua suami atau isteri di luar sana adakah saya yg menjadi punca penceraian sampai nak masuk dua kali diceraikan suami? Sebelum saya berkahwin dengan suami saya tidak menutup aurat Jadi tempoh bertunang saya habiskan wang utk beli baju dan tudung utk menutup aurat walaupun ada rasa berat dan keikhlasan itu msih tidak sempurna. Tp byk kali kami bertengkar sebab bagi saya memang suami saya tidak pernah menghargai perubahan saya.
Smnggu sebelum berkahwin, saya jumpa ibu dia untuk mengadu ttg anak lelaki. Tp tidak diendahkan. Malah ibu dia ckp kpd saya “kenapa nak minta dihargai atau balasan sebab pakai tudung. Pakai kerana manusia kenapa? Pakai kerana Allah. Ikhlas kerana Allah. Aku jadi hairan tidak kah dia fikir anak lelaki dia tu Allah hantar untuk aku menutup aurat. Hidayah dtg dlm pelbagai bentuk. So aku taknak ckp panjang. Hati aku kat situ pun dah tahu takkan bahagia kalau mak anak sama je. Mulut lancang je rasa.
Saat kahwin, ibu dia bgtahu ibu aku mcm ni “Alaaa anak kita dah diambil orang”
Aku rasa dorg yang ambil aku dri ibu aku. Aku dan suami ada je stay dkt rmh ibu dia. Maknanya aku ni dah tinggal bersama mertua. So kat mana yg anak dia diambil org tuuu? Skit skit pnggil ank dia. Ada je ank yg lain di rumah tu. Nak juga panggil anak yg dh berkahwin. Sampai aku rasa sorang2 je dalam bilik. Yelah aku 24 jam pakai hijab dlm rmh pun sbb abang dia ada. Itu pasal malas nk keluar bilik sgt. Bknnya ada tv astro ke apa kt luar.
Pakai tudung dalam rumah sebenarnya aku tak kuat mana pun, aku tak ada kekuatan nak pakai dalam rumah tapi setahun tetap aku paksakan diri. Sampai dua bulan kahwin pun, suami tak call mak aku or tk ajak balik rumah mak aku pun padahal dekat je. Plus, mak dia ni asyik bg aku ayat ayat pedih juga lah bg aku supaya rajinkan dia bayar kereta honda anak dia, jangan ada anak lagi, cari harta byk byk dulu dan buat kerja byk skit dlm 2-3 kerja(setahun duk ingat kan aku jgn ada anak), jangan belanja guna duit anak dia.
Sebab bila dia tanya aku dgn suami kemana. Aku bgtahu la anak dia belanja aku tengok wayang. Dia marah dan pelik pun mana anak dia dpat duit? Aku mcm takkan suami belanja aku pun tak boleh? Kecik hati aku ni dgn ibu dia. Cukup masa dah rasa nak menyumpah kan? Tak cukup mak. Anak dia pula tambah perisa kesakitan hati aku. Dgn takde nafkah nya. Aku okay lagi. Aku faham dia buat projek pertanian. Nak balik modal dan dpt hasil perlu masa 3-4 tahun. Tapi masa pun kedekut. Asyik asyik mak dia jee duk panggil.
Nak bw aku keluar rumah je jalan pun payah. Aku penat cari duit. Nak juga merasa ambil angin walaupun dekat dekat sini. Pantai pun jadi. Tak jauh pun 30 minit je dari sini. Pendek kata. Semua payah. Bagi dia dah cukup. Tp kalau korang perempuan kat tempat aku. Masa yg dia bg tu takat sembang 15 mins. Sbb dia tidur awal jam 10mlm. Kadang aku teringin nk pergi mall pun dia ajak lepak isyak. Aku mcm org kedai dh nk closing dah. Setahun ayat sama. Lepas isyak. Kalau lepas maghrib tahan lagi. Ni isyak. Isyak dia tu jam 9 pm bru ada kt rmh lepas solat kt masjid.
Jadi aku tension. Last last aku jadi biadap. Tapi takde maknanya kalau aku cerita kat dia, dia nak dengar. Kat mak dia lagilah tak dengar. Aku cerita kat makcik dia. Sama juga backup anak saudara. So aku menangis kat bucu katil jelah. Pastu kena cerai talak 2. Kenapa lah dia taknak tahu perasaaan aku sikit pun. Bila aku ckp mak dia itu ini. Haih kalau bleh dia nak ceraikan aku talak 3. So sekarang aku umur baru 23, tapi dah janda. Sedih rasa. Kecewa. Aku pula merayu nak dia rujuk. Mcm biasa. Aku ni jadi trash mengaku jelah aku yg jahat bkn dia ke mak dia ke. Aku ni yg perangai buruk. Itu pun dia ok ok je. Bkn nk rujuk pun




