Assalamualaikum admin dan warga KRT. Aku tak tau pada siapa nak meluah. Aku terlalu ingin meluah. Tapi aku tak mau orang tau siapa aku. Maafkan aku meluah di sini. Harapnya yang baik di jadikan pengajaran, yang buruk di jadikan sempadan. Aku sedang swot anysis jika kiranya aku perlukan bantuan pakar. Doktor dah saranakan “ u need help”. Ya.. aku mengalami kemurungan.. setelah lama aku dalam fasa denial phases.. kali ni aku mengalah. Aku mengaku kalah. Aku dh tak mampu nak bendung perasaan aku.
Aku rasa sepi, hidup dalam tekanan. Selama ni aku la sorang2 meredah hujan dan panas, siang dan malam, bleeding mengandung pun gagah pikul anak 2-3am bawa anak kecik ke hospital. Suami? Ntah la. Sejak kahwin kami tak serumah sebab dia kerja buat jalan raya. Dia tidur pun di rumah yang di sediakan company. Semua sakit pening anak even diri aku, aku adap sorang2. Itu tidak mengapa, sebab amanah dan tanggujawab. Aku pikul dengan hati yang rela dan InshaAllah aku redha.
Makin lama, seteleh 7 tahun perkahwinan, aku dapati suami aku tak pernah dahulukan kami (anak dan isteri yang dia pilih.. untuk jadi teman hidup hingga akhirat) dalam semua hal. TAK larat aku nak senaraikan. Cuma cakap semua bill anak aku tanggung. Bila raya, aku kalauar duit, aku la sorang2 beriya cari baju anak waktu lunch/ ambil cuti beli. Macam takde suami. Sabtu ahad selama ni asyik kne balik rumah mak mertua. Jadi kami tiada “privacy” Itu belum lagi mulut mertua yang tiap kali suka jatuhkan maruah aku depan saudara mara dan menantu yang lain..
Ialah aku ni tak sehebat menantu yang lain dan secekap menantu yang lain dalam memasak aku di ejek gendut dan sebagainya sebab dalam menantu aku la yang paling tinggi.. besar pula tu.. tapi alangkah kau tahu aku begini sebab aku banyak makan ubat (ya aku tak sihat) tubuh aku pn doc banyak inject steroid sebab sudah “haus” dlm menjalanakan tgjawab pikul anak sorang2: seluruh badan aku sakit2..belakangan ni aku makin tak sihat. aku on medication. Berat badan aku turun mendadak, aku tak cukup tidur,pagi berkejar siap dan hantar anak, aku rushing ke tempat kerja. Ptg berlari aku balik kerja ambil anak..jarak rumah dan tempat kerja dalam 50km sehala. Aku tempuh jam dan sebaginya..sorang2. Dlm keadaan aku tak sihat.
Tahun ni suami dh start duduk dgn kami-kerja company baru tapi on & off outstation- smggu 2 hari. Sepanjang puasa aku hari2 muntah (bukan mengandung-tapi sebab tak sihat) aku kerap kena vertigo (rasa pusing kepala 360, low BP (jalan terhuyung hayang)
Start bln puasa kami pergi kerja 1 kereta.. blh kata hari2 aku muntah tepi jln.Minta suami berhenti tepi.Die bhenti sambil main nset.takkesa nak tlg ak. At least bg la tisu atau sekadar “awak ok”. hari2 aku mkn ubat, ubat migraine. ubat tidur je ak takdpt mkn sebab takut tak blh bgn. Doc bg mc 1 mggu untuk ak mkn ubt tidur waktu siang sebab katanya aku chr0nic fatigue.. tapi sebab kebetulan anak tak sihat- suami ak taknak jaga anak, biar aku yang thuyung hayang ni jaga.jd aku mmg takde rehat.dan suami aku tak kesah evn ak dh bgtau ak sgt taksihat.
suami tak pernah ambil tahu akan aku. tak pernah nak dengar masalah aku, jangan kata masalah, aku bergurau pun tak layan.ak sakit takpnh tny. yang die tau buat rumah macam hotel. Mungkin di mata die aku ni tak laku.. mak mertua pun kerap kutuk fizikal aku.. baru2 ni mertua aku buat onar.. die mengata aku depan saudara mara, kutuk aku dengan bangga. makin susut badan aku.. aku jd murung.. hari2 dh dekat 2 bulan ak menangis dlm bilik air.. kt office pn aku kerap ke tandas menangis.. Di office aku tutup sedih aku dgn bersembang happy2 dgn kwn.. ak cuba positive..
bila dh terlalu lama suami abaikan, tak hormat perasaan isteri, pukul isteri kerna mertua. mertua hutang tak byr. Bila tny suami- aku kena pukul. Mertua pakai kereta aku sebulan tak pulang- bila tny suami- kena pukul. Dh la kali beranak dia tak kalauar 1 sen pun. Beli rumah pun muka aku keluarkan dgn cara jual rumah lama aku.Sebab duit yang patut die dulukn muka rumah,die tabur kt mertua untuk meniaga. risau adik bradik die yang dh berbulu dan bulu keluar anak ramai tu tak makan.syang sgt adik ipar die tak makan jika tak modalkn mereka meniaga.
Aku stress dari pelbagai sudut. Aku dibuli mertua dan aku tak dapat kasih syang seorang suami. tiada tempat untuk meluah dan seperti tiada tempat untuk berlindung.kalau aku susah, suami bkn orang yang hulur pertolongan..dh 2 bulan hari2 aku menangis.tapi ak tetap kerja seperti biasa dan Alhamdulillah kerja on target.
Sejak akhir2 ni, ak macam nak move on..ak alihkan sedih aku dgn cara mencantikkan diri aku. ak takmau ckp lebih. dgn pekerjaan dan rupa aku, senyum aje gagap lelaki nak bercakap.
kalau perempuan blh kawin lebih. Dh lama die aku madukan. Terlintas juga hati aku nak curang. tapi aku masih ada malu, aku syang anak2 aku.cumanya aku sunyi. Sunyi yang tak tertanggung.. anak2 la tempat ak tumpang kasih. Baru aku faham kenapa zaman skrg byk isteri derhaka.. antaranya sebab suami2 macam ini lah. Aku dlm perkiraan jika perlu untuk jumpa pakar psikatri. Sebab kata doc aku perlu dptkn nasihat.Tapi aku tak nak ada rekod. Hr sure report pd bos aku. Sebab HR rajin monitor kos perubatan.




