Assalam min..min tlg hidekan profile fB saya. Saya just nak tanya pendapat pada ahli2 dlm KRT ni . Sebagai yang bergelar isteri, apa yang korang rasa bila suami korang tak bersikap jujur.
Naluri seorang isteri ni betul apa yang dia rasa. Macam ini setengah bulan yang lepas suami nak ajak pergi bercuti ke M tapi saya tanya pergi dengan siapa lagi. Dia kata pergi sama group2 kawan baik dia (perempuan -kawan lama sebelum berkahwin dengan saya) dan saudaramara kawan baik dia pun ada pergi. Lepas tu saya cakap kalau dia pergi, saya tak nak pergi, kalau dia (suami) nak pergi. pergilah.
Ingatkan tak jadi, jadi rupanya. naluri saya betul,tapi untuk kepastian saya check hP suami. Lepas saya check yup betul dia nak pergi bercuti dengan group kawan baik dia tu. Dia belum terus terang lagi dengan saya.tapi dari apa yang saya baca. suami takut nak terus terang dengan saya. yang kawan baik dia boleh ajar suami cakap dia bawa pelajar dia pergi lawatan. ajar suami saya nak kelentong saya. Nak bod0hkan saya pulak. Ingat saya jadi surirumah ni tak tahu apa ke.
Suri rumah ni lagi besar pekerjaan dari kerja diluar sana. Kerja diluar sana memang pakai lawa mekap bagai tapi cuba tengok rumah macam tongkang pecah tak berkemas.. Jauh beza sangat. Saya memang tak suka perempuan, meluat sangat. anak dare tua katakan. Bila saya terjumpa perempuan tu saya hormat dan mesra macam biasa..
Saya tak selera kalau bercuti, kawan baik dia ada sebab apa ibarat saya isteri pertama kawan baik isteri kedua. memang tak mesra tapi Bila masa makan suami duduk tengah saya duduk kiri perempuan tu duduk kanan begitu la kalau saya kanan pulak tu perempuan duduk kiri. dan suami leh banyak layan borak dengan perempuan dari saya.
Kadang saya rasa suami bawa saya bercuti ibarat cuma jalankan tanggunnjawab bawa saya berjalan. Bila bercuti, ada je tak kena dimata dia kalau saya terbuat salah, dia selamba je marah saya depan orang. Jatuh airmuka saya.mana tak salah kalau dalam hati saya geram je berbulu tengok perempuan ikut sama.. Selamba je nak bergambar dengan suami berdua. saya pulak jadi tukang ambil gambar. Macam tak ada dah lelaki lain perempuan ni nak ajak bercuti. Geramnya saya. tu jelah. hati sakit sangat.




