Salam krt.. Cni saya nak luah n berkongsi cerita kisah saya bila dah menjadi isteri selama 5 thn. Perkenalan pada mula nya saya jatuh cinta pandang pertama.. Kami masing2 da perasaan.. Pada mula nya saya ragu jugak cinta dia tapi usaha dia mendpt kan aku, pandai amik hati orang tua, amik brt kat aku.. Bila aku lapar je dia bli makan hantar kat umh.. Sikap dia buat aku jatuh cinta dengn dia.. Kejujuran semangat dia hati aku terpaut.. Dia bukan la lelaki yang kaya berduit.. Dia cuma bekerja di shopping complex. Tapi bukan harta yang aku pndang tapi hati.. Hanya motor yang dia ada..
Memang kami bahagia.. tak pernah ada masalah.. Sehingga kami disatukan.. Bermula perjalanan sabagai suami isteri.. Pada mula nya di awal kami di uji idup serba kekurangan.. Dia try cuba untuk meniaga.. Aku support dia.. Ikut dia kadang meniaga jauh.. Tido dalam keta bersama anak yang masih kecil lg.. Mandi di tandas.. Tapi aku tak prnh mengeluh.. Malah kami bahgia. Susah senang biar lah sama2.. Walaupun ada cakap2 suruh aku tinggal kan dia.. Susah kan idup aku dan anak2.. Tapi satu jawapan aku.. Biar la.. Aku terima ujian Allah, aku bersabar dugaan ni.. Mungkin kesabaran ni Allah bagi ganjaran..
Bak kata di awal kami bersama kais pg makan pagi Kais petang makan petang.. Naik moto ujn panas rempuh.. Bila di pertenghan hubungan tu.. Dia dah berubah sedikit.. Mesra dengan perempuan2.. Bila aku bersuara dia melenting marah aku tak kira depan orang.. Aku sedih sangat.. Aku bertahan lg.. Dan berdoa harap dia berubah.. Sepanjang hubungan tu kami kerap jugak bergaduh dan baik baluk.. Aku bersabar, air mata ni usah cakap la.. Dah kering..
Kdg di biarkan aku menangis tak peduli satu malam sehingga pagi.. Aku anggap sume ni adat berumahtangga ada masa perlu bergaduh bagi memahami diri masing2.. Sehingga dia dapat keje juah. kami pjj setahun lebih.. Di sebab kan aku berpantang.. N dia masih stabil kan kewangan untuk kami bersama2 nanti, da rumah dan dok sama.. Siang malam aku jaga anak2.. Aku cuma harap kan msg dari dia untuk melepaskan rindu.. Sebulan hanya 3 kali je berjumpa.. Kami dah start senang ckit.. Aku selalu rindu sangat dengan dia.. Kadang ada masa aku curiga bila dia lmbt reply msg aku..
Bila aku fikir bukan2.. Dia marah aku di msg.. Sampai dia block aku.. Sbb aku mengganggu dia keje.. Aku pk positif.. Salah aku terlampau ngada2.. Selepas tu aku belajar memahami dia.. TAKkan ganggu dia.. Tapi ntah knp hati aku sentiasa tak sedap.. Sehingga bila dia blk.. Mlm tu dia tdo.. Terdetik hati aku nak tgk fon dia.. Mmg ini la yang aku rasa selama ni. Tak pernah salah apa aku rasakan. Aku jumpa satu pic dia dgn staff ofis perempuan dan msg dgn perempuan kata ajak jumpa.. Berdua dekat sofa.. Agak manja pic tu.. Aku terus gerak dia tanya siapa perempuan tu n msg perempuan.. Dia cuma ckp staff dia je n msg tu cuma sosia* life je..
Sampai aku suruh dia mengaku lagi.. Perempuan tu assistant dia.. Allah.. Selama ni dia tak prnh inform dia da assistant perempuan.. Selama ni dia cuma cakap situ pekerja lelaki je banyak.. Alasan dia menipu sebab nak jg ati aku.. So dia menipu.. Allahu.. Aku bagai kan meroyan mlam tu gak.. Aku siang malam letih jg anak2.. Dia sedap mesra dengan betin*.. Dia terus tampar aku. dia kata aku gila.. Aku menangis sampai pergi di tepi katil.. Dia bole sedap tido tanpa peduli kan aku..
Aku tak tdo sampai pagi mengenang apa dia buat. salah aku ke? Aku langsung tak tahu pun dia ada assistant. Sapa yang tak mrh kalo jumpa dlm fon pic berdua.. Dah confirm dlm kepala gf. esok pg dia pujuk aku.. Sebulan lepas tu.. Dia ajak aku dok sama.. Dia minta maaf pada yang berlaku.. dan berjnji tak kan buat lagi dah.. Bila aku dok sane baru aku tahu ada byk perempuan… Aku sedih sangat.. Bila kdg aku tunggu dia kat ofis.. Aku tengok cara laki aku berckp ngn dora g mesra sangat.. Gurau2. Aku tanya kat dia. Cara bersembng mesra sangat.. Kalo bole kawal kemesraan tu.. Jg maruah…dia cuma ckp dia anggap sume perempuan tu macam adik2 dia.. Sedih aku.. Aku di layan kasar.. Tapi dgn perempuan lain mesra je..
Aku tak dpt byangkan dia dgn assistant tu duduk sama2 dpn komputer sambil laki aku ajar dia.. Gmbr yang aku tgk tu pun nmpk di waktu mlm.. Ot sama2.. Hanya Allah yang tahu apa laki aku buat di blkg aku.. Bersyukur pada Allah kerana makbulkan doa isteri bagi tau pada suami di saat berjauhan.. Aku sangka kan lepas kejadian tu dia berubah.. Tapi tak.. Tetap gak mesra dengan perempuan.. Ada je benda dia nak bergurau dengan perempuan bila jumpa. kami banyak bergaduh.. Dia marah aku tak kira walaupun kat kedai mkn.. Aku menangis bila maruah aku jatuh di depan orang ramai.. Dia langsung tak hormat aku sbg isteri.. Terlalu byk sakit ati dari bahgia dlm idup aku dgn dia..
Lps je gaduh dia salu berjanji tak buat lg…lps tu jd blk.. Aku masih bersabar. Sebab aku sayang kan dia. Asalkan dia tak curang.. Biar la kena mak* depan orang.. Ada masa dia sayang kan aku… Ada masa marah tengking. Aku rindu kan dia masa perkenalan.. Rindu sangat.. Yang berusaha dapatkan aku. Aku berdoa dan bersabar dalam hubungan ni.. Anggap la Allah nak duga.. Hubungan ni tetap tak ade berubah.. Sehinga di peringkat fasa 5 thn.. Aku di duga begitu hebat sangat.. Bila aku terjumpa lg satu msg dia melanggan pelacu* dan cuba di hotel bilik 510.. Time tu aku berada di umh family.. Allahu… Aku tak sedap ati lps bgun subuh.
Tangan aku ni terus amik fon suami.. Ya Allah… Kali ni tiada lagi air mata.. Hanya menunggu dia bangun untuk penjelasan.. Bila aku bagitau apa msg tu. dia masih mengelak.. Dia cakap perempuan tu client.. So jumpa dalam bilik.. Kenapa tak lua? Bila dia dah nampak aku dah lain.. Dia jelas.. Dia tak sengaja sume tu.. Di dalam michat la dia jumpa pelacu*.. Blkg aku di download michat.. Bila aku ada dia unistall app tu. Aku suruh dia download michat depan aku.. Mema g ye dia akaun michat.. Siap dp solo.. N letak status suka bermesra dan dating.. Ada satu fren perempuan.. Gambr luc*h.. Kenapa satu je tinggal.? Kalo tak kantoi memang dia terus kan curang dia.. Allah tu maha berkuasa.. Doa isteri tu kuat.. Aku btol2 dah tak kuat untuk sume ni.. Dah lama sangat aku bersabar.. Tapi tak dihargai.. Malah di bls begini..
Lelaki mmg tak puas pada satu.. Sedih bila perkahwinan di khianati.. Jnji2 nak idup sampai tua.. Hati aku hancur.. Cinta dah ilang yang tinggal hanya sayag hubungan 5 thn.. Dia merayu melutu berjnji sumpah mat* tak kan buat.. Kalo dia buat akan jatuh talak tiga ats aku.. Dia betul akan berubah n menyesal.. Dah dua bnda tu berlaku.. Kepercayaan terhdp dia dah ilang.. Hormat aku terhadap suami dah takde. Aku try tapi tak bole.. Hati aku terluka sangat. Walaupun aku nmpk dia ada padarubahan.. Mmg aku maafkan dia.. Tapi nak melupakan mmg ssh.. Berzin* dgn pelacu*.. Aku sendiri tak prnh dpt duit yang dia bg pelacu*.. Aku tak kuat..
Bila aku sorg aku menangis kenang nasib aku.. Aku tak minta apa,aku cuma nak bahgia je.. Aku cuma padasan pada dia.. Kalo bersama tak mungkin aku yang dlu… Aku yang dlu dah mati.. Nak bersama dengan dia pun kadang dah tawar hati.. Aku cuba memaksa diri aku untuk mencintai dia.. Tapi tak bole.. Apa yang ada hanya tangungjawap.. Pada di luar sane.. Jangan la cinta seseorang begitu dalam.. Bila dikhianati org yang paling kita sayang akan merana seumur idup..




