As salam min…pls hide profile saya
Hai warga KRTF. nak tnya la.. Saya kahwin sudah 24 tahun anak 4 orang.. 2 masuk University seorang tingkatan dan bongsu masih lagi darjah 5.. Sekarang ni saya masih dalam ketidaktentuan hati fikiran saya celaru.. Minggu lepas suami kantoi dengan seorang janda anak 6.. Bukan itu saja.. 8 tahun lepas pun pernah kantoi pada mula ya suami selalu main handfon main watsup jumpa lah kawn2 lama.. Pastu kerap jugak la di pegi reunion. Dari reunion situ lah mereka jumpa dengan janda tu dan Ini dengan Perempuan lain dan mengaku mengandung anak suami itu pun saya sendiri melutut dengan perempuan itu untuk jauhkan diri dari suami saya. Saya buntu..
Sekarang pun dia buat lagi . Sehingga saya buat laporan polis sebab janda tu mengugut untuk mengancam anak2 saya jika suami tidak pedulikannya. minggu lepas saya sudah pg kaunseling ditemani oleh adik saya. sekarang suami tidak mahu ceraikan saya.. Saya buntu..saya sudah hilang kepercayaan hati saya hancur. Apa patut saya buat lepas ni.. Suami merayu dan mahu melupakan janda tu. Dan saya mahu macam mana ya precedure penceraian syariah.. Sebab suami tidak mahu cerai. Tapi hati saya sudah hancur..




